~rabu-pena bisaya ada program persepsi(persatuan sekolah pengajian islam) kat auditorium pujangga..pena bisaya terpaksa xcpe klas undg2 tort kuliah sebab kna hndle ICT. Program 2 ada ceramah menarik dai pegawai agama islam daerah jasin..best sangat woo..heeeee...rupa2nya beliau bukan ustaz...tp sebab dy kerja kat sana maka org panggil dy ustaz(sungguh moderate/humble)..dia kata dia bukan orang melayu..tp x mention pulak pa race dy..then dia dulu budak2 mechi-ambil jurusan MECHANICAL ENGINEERING..apakah??..hehehe...mmg amat tabik spring dgn dia..n ni ada beberapa ilmu yang pena bisaya cedok dai ceramah dy..pena bisaya nak kongsi dgn semua pembaca2 yang amat pena bisaya sayang...semoga kita dapat praktik.. n sebar2kan pada semua umat islam...
~fasal sekolah pelajar2 mengandung yang kerajaan negeri melaka cuba tubuhkan-banyak pihak yang menentang keras usul ini sebab mereka berhujah bahawa ini akan menggalakkan budak2 ni semakin galak buat zina,kononnya sebab budak2 ni tak payah susah hati xdpt skolah nasib mereka akan terbela juga nanti. sebenarnya budak2 yang telah 'ter'mengandung ni tidak di benarkan bersekolah/digantung di sekolah kerajaan sepanjang tempoh mereka hamil, maka ada sesetengah mereka yang di gantung ataupun terus berhenti.kerajaan negeri dan pihak agama islam melaka memandang hal ini dari sisi optimis dimana mengambil mereka sebagai pelajar untuk memperbaiki semula akhlak mereka selain mengelakkan pembuangan bayi daripada terus meningkat. pelajar2 ini akan di letakkan di sekolah2 agama di mana antara sekolah yang telah dipilih untuk peenempatan ini ialah madrasah As-Sayyidah, melaka. Mereka ini akan di berikan pendekatan agama. Apa yang membimbangkan ialah pertubuhan2 bukan islam seperti kristian society telah semakin galak melakukan aktiviti2 kebajikan dan bersedia untuk mengambil golongan2 ini yang selalunya telah di buang oleh keluarga untuk di biayai pelajaran mereka..namun apa yang harus kita fikirkan ialah..APAKAH HARGA UNTUK TAJAAN ITU???
kemudian berkenaan tadarus~terikat dengan konsep adat mungkin tadarus yang kita lakukan selama ini ialah mengejar masa untuk menghabiskan 30 juz alquran sepanjang ramadhan. kemudian khatam.Apakah ni yang di tuntut oleh rasulullah?? sebenarnya konsep yang di terapkan dalam agama suci kita ialah ramadhan itu sebagai bulan 'tuition' untuk kita belajar qiraat,tarannum dan TAFSIR alquran itu sendiri..agar boleh juga kita aplikasikan pada bulan2 yang lain.
Semasa bulan ramadhan semua doa org2 muslimin akan di terima kecuali 4 golongan ini...(baru cari kat google hee....)
bnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1.orang meminum arak, 2.anak yang derhaka kepada ibubapa, 3.orang yang selalu bertengkar dan 4.mereka yang memutuskan silaturahim.
~Ni ja la yang mampu pena bisaya ingat semula apa yang penceramah tu tarbiyahkan..secara kebetulan tak sempat nak salim nenyalin..tapi oleh kerana best amat2..pena bisaya dengan senang hati mampu buat review..harap para pembaca dapat ambil mana2 yang baik ya?yang kurang baik tu datang daripada pena bisaya sendiri.. Allahualam...
~pukul 6.44pm, pena bisaya tengah tunggu waktu berbuka...hari ni menu bakso..ngan ayam perchik..alhamdulillah rezeki lebih sikit hari ni..pena bisaya hari ni dapat ilham dari pencipta lebih sikit dari biasa..selalu pena bisaya buat 'plagiat' ja dari mana2 sumber...tapi hari ni pena bisaya nak kongsi ilham itu, original dari ketulan otak yang membengkak, sarat dengan idea2 yang bakal di tarikan dengan merdu ketukan jurnal besi pena bisaya ~
::K.I.T.A::
Kenapa sentiasa melebihkan yang tak berhak dari yang berhak??
saban hari..menjadi darah daging
jom kita buat analisis perbandingan!!
jumpa dgn bf/gf/kwn kita selalu mengharapkan dapat stay lama2..borak lama2..klu boleh sehari kejap2 nak jumpa... VS jumpa dgn sang pencipta seboleh2 kita semasa sembahyang x sampai 3 minit...rukuk dan sujud macam tak jumpa tanah..macam sejadah tu berduri..
bila bercakapdengan bf/gf/kwn kita focus nak mampos bila dia bercerita...seolah2 macam tengah kelas fizik... VS bila berdialog dgn sang pencipta semasa sembahyang seboleh2 fikiran melilau ke london..teringat CSI..kejap2 teringat duit belanja da overbajet, tudung lykra lawala...lagi kalau tyme ramadhan...'petangni nak makan pa ea?'
bila kita bersedih..menangis..mencari tempat mengadu, cepat ja npon di capai..cari gf/bf/kwn sejati la konon...berkongsi cerita suka dan duka..konon memahami...(padahal sabar2 ja dorang melayan ko!!) VS selalu mengadu dengan tuhan bila ada teman/keluarga meninggal..mohon drahmati wahai si mati...pas2 airmata nak jatuh macam nak di teran2...depan kawan macam air paip.
jemput kawan datang rumah punyalah kusyen rasa macam nak vacuum..betulkan langsir ngan hati2.. VS bila menghadap yang maha pencipta sejadah betulkan dengan kaki..agak ter'mereng'..kemudian telekung naik berkulat berbulan tak basuh..
::inilah yang sempat pena bisaya kaji sepanjang ramadhan ini...yang mana sedikit sebanyak pena bisaya renung2kan diri..pena bisaya takkan berani tulis kalau tak pernah kena batang hidung sendiri.. tak kiralah siapa diri kita...depan yang maha pencipta kita tetap sama...tak kira sebesar zarah focus kita terpesong..sebesar gunung DIA lebih mengetahuinya. kita sama2 'gelap' pada suatu ketika dahulu yang pernah mencalari kanvas hidup kita...namun...siapa tahu kita adalah dalam kalangan insan yang paling bersih di sana nanti?? tapi bagaimana? bila?? jangan tunggu sakit...jangan tunggu dah kahwin...jangan tunggu ada orang yang datang nak bimbing kita. siapa tahu saat selepas anda membaca artikel ini..pintu taubat buat kita telah tertutup kerana hampir dengan kematian?::
jari jemari menekan jurnal besi dengan pantas...berdetap-detap mengalunkan irama keras tanpa sumbang..merdu menari bersama rentak jiwa yang berkocak. Kenapa segala2 nya berlaku begitu pantas??
malam selasa...pena bisaya dan orked addina berjalan menelusuri malam lewat pukul 10 untuk menghadiri mesyuarat SRSP IV..program satu rumah satu profesional yang di kendalikan pelajar perundangan. sepantas kaki yang melangkah...sepantas itu juga adrenalin mengalir sederas aliran maksima. 9.45pm, hanya kelihatan YDP MPM saudara Sayyid yang setia menunggu bala tenteranya yang tak kunjung tiba. Lantas, kotak kecil tiba2 menyanyi riang, ah..cik amoi bendahari pesepsi rupanya..saudari khusnul alya nazeera mustafa cheng yang berada di talian maya. 'fathi cari ngko'..TUPP!! punat di tekan pantas. keras. Kenapakah?? Bukan sepatutnya malamni mesyuarat SRSP?kenapakah pula PERSEPSI(persatuan sekolah pengajian islam) yang kol aq? dalam keliru pena bisaya mengatur langkah. Lambat. sampai di muka pintu pena bisaya mengeluh keras.Apa semua ni?kenapakah aq terlibat? amat risau, mungkin ada kesalahan yang telah pena bisaya lakukan sepangjang tempoh semester ini??bakal di saman? di gantung? bicara d mahkamah ipt? BUANG?? aiiyy... seeloknya kaki yang lambat tetapi kosong itu kini telah berubah menggeletar..berdondang. Usai memberi salam ..pena bisaya masuk, ambil kerusi dan terus duduk sebelah saudari liyana Syahera. Berusaha berbisik meminta penjalasan sebenar. 'Selamat datang saudari', fathi memulakan bicara, bla...bla...bla...'malamni penyerahan watikah perlantikan'...bla...bla... 'saudari shaminah nawar sebagai timbalan exco ICT....' BLAAAP!!! my heart is going stop...pulak daaahh..kenapakah? pilihanraya semester lepas pena bisaya telah kalah undian dengan mata peratus kedua selepas yang menang.JADI??? mata pena bisaya melilau ke seantero ruang mesyuarat tersebut. nope!!..langsung seorang pun tiada yang kenal.mm... Dalam hati x sabar hendak keluar dari ruang tersebut kerana masih ada lagi mesyuarat yang belum di langsaikan.
SELESAI. pena bisaya bergegas turun ke bilik mesyuarat MPM. Tiba sahaja sempat mengerling kasut crocs yang tersusun d tepi pintu..punyalah warana warani.. kemudian masuk....bla...bla..bla...' ya kemudian kita dengar pendapat ketua fesi kita'...pena bisaya buat endah tak endah...ketua fesi...ketua fesi....?????????? KETUA FESI???? what de hell is this?? pena bisaya buat sekali lagi muka bengang..kejutan apa pula lagi kali ini?yaaaaa..... saya jadi ketua fesi program terbesar kampus..saya berbahagia...saya berbahagia...
memang konfius...konfius...malam ini memang hari yang aneh buat saya..segalanya berlaku dengan amat pantas...unxpected..unprdictable.. juz like...some kind of sound.....of silene. Pena bisaya menekan kotak [.]
gambar ini di ambil bersempena semangat xcited saya men'join' pinkygirl contest..heheheh...semasa buka blog sis saya cik shiqa saya ternampak contest ni n terus link ke owner contest..ni semua adalah koleksi barangan pinky saya. seronok!!mewarnai hidup saya dengan ceria!! then cik pinky owner contest..consider saya ea??hehehe..ni gambar di ambil semata2 kerana awak!!
Wuarrghhh..otak membeku…seminggu macam ada tiada ja klas…minggu konvokesyen..thats y la… saya??? Lebih banyak terkurung d rumah..n juz sesekali keluar ke pekan untuk bank in duit my bisness topap…
rasa nak buat entry..banyak cerita yang hendak di kongsikan…tapi???punyalah tak tahu bagaimana nak menghuraikannya dalam Microsoft word ni..aiyyyyyyyy…….
Bulan ramadhan ni..agak seronok..bab kitorang berpuasa dengan perasaan yang gembira…kenapakah??..BALIK RAYA laa weh…………..huahuahua…f1 tyme balik raya sepanjang tempoh pengajian memang sesuatu yang mengxctedkan!!!!
Tarawih yang pertama x g msjid..bab ada keja cket yg mmrlukan terpaksa stay kt rumsis..pas2 esoknya sahur makan nasi + telur sambal…sahur sorang2..bujang la katakan… then petangtu wif my kazen n myda g bazaar…. BERJALAN KAKI..yaaap!!!! sesungguhnya mencabar segenap iman yang senipis tisu ini… btw ALHAMDULILLAH cuaca agak redup sementara mendung d satu dua tempat…
Semenjak dua menjak ni…jasad x sihat sangat…even xterasa demam ka apa…tulang benulang berdondang sayang memutarkan lagu kesakitan..habis lebam sendi lengan n lutut..lepas makan pain killer sebiji dua Alhamdulillah tenang semula..kaki pun da pandai kejang subuh2..rasanya….hadiah puasa…saya gembira menyambutnya dari sang pencipta…
Setakatni kewangan agak tersepit..memikirkan omitmen terhadap task2 belum tertuntas…terpaksa menahan naluri dan kehendak. Sepanjang minggu menghabiskan masa dengan membaca ‘new moon’ dan membuat analisis perbandingan. Yaa…novel asalnya rupanya more complicated than the movie..movienya agak ringkas dan ada satu dua babak yang d potong dan d tambah.. contohnya babak akhir masa Edward, bella n Jacob bertemu..dalam novel di ceritakan bahawa pertemuan dekat dengan rumah bella n Charlie yang tak suka dgn Edward panggil c bella balik rumah(lebih kurg g2la)..tp kt movie c bella n Edward jumpa Jacob tgh jalan n scene Charlie tersebut tiada…huahuahua…mmg agak pening…btw its imposing!!
Tengahari tadi bagi kad bank ngan myda..suh dia beli ECLIPS kat MPH..aiiyaa…lebih kurang rm40 jua yg kua 2 mby..tp..xpala kan..sesekali melepaskan kehendak d dada..kui3x…
coretan ku,
:tadi saya blogwalking..singgah kat blog 'tanyalah ustaz' ...terbaca 1 artikel yang amat mendebarkan... kt sini ada cebisan artikel 2..sayang kalau tak baca...
Pengecaman dan pemantauan telah dilakukan diseluruh dunia untuk merekodkan data-data orang ramai.Laman-laman sosial ditubuhkan dengan dana-dana Intelligence seperti CIA untuk mengkaji tabiat dan perwatakan orang ramai bersosial antara satu sama lain.Facebook adalah antara agenda mereka.Data peribadi yang dimasukkan adalah hak milik mereka.'Privacy' hanyalah iklan semanis menanam tebu dibibir sahaja.Cuba anda kaji,bagaimanakah seorang lelaki yang tidak tahu apa-apa di Mumbai,telah dituduh sebagai pengganas yang meletupkan bom.Bagaimana semua data peribadi,lokasi dia berada dan maklumat telefon/kad kredit diketahui oleh Interpol?Tonton ketiga-tiga siri Bourn terutama Bourn Ultimatum dan pelajari bagaimana ejen-ejen CIA mendapatkan nombor telefon,maklumat dan apa saja dari sasaran.Di situ adalah contoh yang mudah namun ia memberitahu kita semua itu adalah kemungkinan yang biasa boleh dilakukan dengan mudah.
::jom baca this artikel..percayalah...anda akan tergolong dalam 2% golongan orang yang berfikir...kLik sini ~artikel tanyalah ustaz~