Costumer Review



28 February 2011

doa bapa selamatkan aku.

paper tafsir dan ayat hukum. membunuh. dalil2 qur'an dan hadis adalah fakta. maka ulasan adalah huraiannya. lecturer siap berpesan xam kali ni berdasarkan logik akal. aku angkat kening, angkat kaki, angkat tangan, angkat segala2 angkat sampai aku lupakan proses belajar ialah baca-faham-hafal-ulang. aku alpa. aku anggap semuanya berjalan dengan lancar sampai aku lupa minta pada tuhan minta dipermudahkan urusan macam yang selalu dibuat dalam setiap xam. semua aku anggap senang sampailah aku terpaksa menangis di dewan xam. tangan aku tak dapat bergerak mencanting jawapan. Fikiran aku kosong. kertas tidak dibawa dan agaknya aku terpikir nak jawab xam atas kain baju. satu kata kunci. ALPA.


15 minit yang berlalu aku tanpa kata. kosong yang membawa erti. satu demi satu kelupaan yang aku lupa itu berlayar di ruang mata. 
'doa itu senjata bagi insan mukmin'

peperangan kali ni aku tak bawa senjata. senjata tinggal bawah katil. bawah bantal dan entah bawah apa-apa lagi. ALPA.

aku tak tahu nak buat apa. air mata aku takkan terlakar menjadi jawapan.aku pasti. 
Maka baru sedar. kalau kita tak minta DIA takkan bagi. ya takkan bagi. aku tak minta pun dipermudahkan urusan maka sebab itu kertas pun aku boleh lupa, aku tak minta dikuatkan ingatan, maka sebab itu segala jawapan aku lupa. ya Allah.. aku malu. 

kalau orang, minta last minit mesti kita da siap nak kena penampar sulung. tak pun kena dengar kata2 aluan yang panjang berjela sampai merah telinga. tapi DIA....
DIA tetap bagi tanpa perlu apa-apa bayaran. ya Rabb. terima kasih ya Rabb.

Maka selepas itu aku meseg abah ;
'pa, aku minta ampun segala dosa, minta dipermudahkan menjawab peperiksaan.aku sedang ujian ni tapi aku inda terjawab.lupa aku segala jawapan.'

aku harap tak terlewat. aku harap abah dapat meseg aku. aku harap abah doakan aku. oh abah. dah lama aku tak kol abah tanya khabar, oh abah. ampun abah. tidak terniat jadi anak derhaka. abah. aku benar2 perlukan doa abah. abah, bantulah aku bukakan hijab yang menghalang minda ini. abah.

'di ampunkan baca bismillahitawakkaltu alallahi lahaula wala quwwatailabillahi aliulazim'

aku sikit teresak baca reply abah. abah tetap minta aku tawakkal pada Allah walaupun aku meseg minta ampun kat dia. Abah. terima kasih abah. aku baca ayat tu sambil berniat. Alhamdulillah. doa abah keluarkan aku dari sisi hitam. dari sisi kosong yang buat aku kaku.

'Dalam perjalanan mencari erti hidup, aku tersangkut di pangkalnya'


inda- tidak
p/s: 'aku' bagi rakyat sabah adalah panggilan common yang bukan berniat kasar.

22 February 2011

contengan kakiLima

kawan dekat uitm kota kinabalu beg me untuk kembali menulis. Thats mean berkarya. Huh Dah sejak sedekad lamanya aku biarkan otak ini tumpul plus hilang mood dan semangat untuk kembali menulis. Ada competition katanya.

'aku tahu kau kaku dalam berbicara, maka aku biarkan jari kau menulis untuk melontar kata.'


huh! manis sungguh bicara gadis itu. Ah! si gadis. Muka ala2 trasher macam aku x akan pandai berjiwang dan berbahasa indah. Bahasa kaku dan versi 'alah ikut rentak aku sukahati aku' dah menghitam melegam dalam jiwa aku yang xpernah nak reti nak susun ayat2 berbunga macam lagu middle of the road-soley soley yang buat orang rasa nak putus usus ketawa tengok abi hurairah dan usop menari lenggok ala emak kahwenkan haku. 27 submit, dan aku hanya baru menapak ke step trailer. Mati ayat.

'Jika ada 24 jam lagi masa untuk berfikir, bagaimana kalau masa 'kita' terhenti di jam 23?'


 oh bulan..enggan melayan diriku lagi. terasa nak terjun ke laut sebab tensen bila agaknya bulan lham plus idea nak jatuh ke riba macam buah tembikai tergolek.

this the author - contengan kakiLima.

15 February 2011

backpacking. cari erti hidup.

sekarang hidup aku tak terang tak gelap.samar2. ada sesuatu yang terkurung.yang aku tahu tapi tak pasti. terasa nak pergi bermusafir.cari erti hidup. backpacking dari masjid ke masjid.cari erti hidup. teringat kisah fend dan kazennya chad backpacking ke australia dalam hikayat hLovate.hala yang sama.tujuan yang sama. tapi takla rasanya ke australia.jauh nau.mybe pergi sekitar area kuala lumpur atau negeri2 yang dekat. nak tahu apa sebenarnya yang di cari dalam hidup.

"DALAM PERJALANAN NAK KENAL PENCIPTA MEMANG BANYAK HALANGANNYA"

nak rasanya di lupakan segala dosa2 yang pernah mencemar duli ke atas diri ini. nak berubah bukannya senang. nak fisabilillah bukan macam makan choki2.gigit n picit.

"KALAU NAK BERUBAH MESTI DARI SEKARANG.KALAU KATA ESOK,ESOKNYA AKAN KATA ESOK..ESOK. N ESOK.SAMPAI BILA"

tiba2 terasa macam nak ke tanah suci. nak rasa sejuknya hati.macamana rasanya air mata menitis penuh rasa ikhlas. tahun ni mungkin setahun akan berada di tanah semenanjung. ok la tu boleh fokus dalam misi. entahlah.semoga sang pencipta permudahkan urusan. approvekan permohonan aku untuk jadi dalam kalangan hambaNYA yg terpilih.titik.



13 February 2011

cari eti hidup

buat tugasan sampai pecah otak. nak markah tinggi, sebab nak grad nanti biar dapat first klas grad n kira berbaloi study sampai nak keluar muntah hijau. tapi dalam pada nak hurry siapkan benda tu selalu terlupa untuk ucap TERIMA KASIH pada sang pencipta yag bagi idea n ilham yang mencurah-curah ke ladang gandum.solat aci redah jerr x sampai 5 minit. baca MLJ n CLJ sampai tersengguk-sengguk tapi baca quran ala2 baca buku sejarah sampai 2 3 kali nguap.Hem memang lumrah mausia kot?tajam akal fikiran tapi kerapkali buta hati.mati. the 11thhour tunjukan pada kita sesorang yang nak berubah pada 12thhour tapi mati pada 11thhour. time tu kita juz akan makan asap. kosong tiada bekal.

11 February 2011

tinted kereta

X mood.malas nak bercerita.tapi nak gtaw jugak :) pagi td dala kol 7 cik minah n cik esah teman penyelia rumsis pegi tinted kereta kat melaka.alahai cik kiahhhh...... cik minah mengantuk nyah!
btw jum rehatkan minda dengan foto2 berkenaan.




cuti sakit : MC

jgn tanya kenapa cik minah dah tak blogwalking or update blog.
cik minah busy :) love u bloggers :p
Related Posts with Thumbnails