Costumer Review



24 August 2017

Peguam Beta. Hakim Beta. Mahkamah Beta

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor

.

(Travelog pertandingan mooting Syariah Kebangsaan 2014)

Kehadapan Ayahanda beta.

Ampunkan anakanda tiada masanya ayahanda bergelut dengan raga.

Ketikanya ayahanda mengharap anakanda pulang.
Anakanda pula sedang berjuang di medan bicara.
Di medan yang kerapkalinya ayahanda ceritakan.
Ayahanda mau anakanda menjadi isi di dalamnya.
Berhujah berdiri, membawa legasi kita.

Dulu masa anakanda suarakan.
Aku ingin menjadi peguam.
Ayahanda tidak pernah ketawakan-kau angannya tinggi menggapai awan.
Ayahanda masukkan anakanda di universiti swasta.
Anakanda faham.
Maksud ayahanda- pergilah, walau susah, kau mau kau mesti mampu.
Walau realitinya ayahanda cuma diam.

Ayahanda beta.
Pedihnya hati bila kemenangan anakanda itu harganya sebuah kehilangan.
Ayahanda.
Anakanda pulang sehari sebelum ayahanda menghembus nafas akhir, niatnya untuk memberikan sijil kemenangan anakanda. Anakanda mau bercerita kisah anakanda membuat fail kes,turun naik ke mahkamah, dengan nama yang berbinkan ayahanda.
Ayahanda beta nawar bin hj sulaiman.
Peguam beta. Hakim beta. Mahkamah beta.

Dan bila anakanda pulang.
ayahanda baring tak bergerak.
Lemah sendi anakanda, ayahanda.
Tapi bila memandang bunda. Anakanda bangun semula menapak tapak yang hilang kekarnya.

Saat anakanda suapkan air ke mulut ayahanda.
Anakanda terasa berdosa.
Tapak juangku sebenarnya bersamamu ayahanda.
Aku seharusnya dibelakangmu menyandarmu semasanya bunda meraup wajahmu dengan tuala, agar ayahanda terus bersedar, dan mendengar cerita yang belum bermula.
Allahu.
Air mata ini mengalir laju.

Ayahandaku.
Damailah di sana.
Halalkan suap makanku, makan pakaiku.
Anakanda tahu semangat ayahanda melingkari nadi-nadi kami semua.
Anakanda akan teruskan perjuangan.
Agar lulus, balik kampung dan dekat untuk menjaga isterimu.
Bundaku.
Takkan anakanda mengulang peristiwa semula.
Anakanda tau ianya bukan kesilapan.
Kerana perjuangan medan bicara itu mahumu.
Impianmu.

*aku dedikasikan bait ini untuk semua yang bergelar ayah, dan anak-anak. Yang kudratnya dikerah buat anak. Dan bagi anak yang berjuang untuk setiap ayahanda yang mahu anaknya cemerlang.

Infiru! 
Jaga ayahmu, keluargamu.
Belajarlah selagi mampu.
Ayahanda kita takkan mengalah memperjuang ilmu untuk kita, sedangkan mereka hanya yang ada-ada.
Maka siapa kita untuk mensia setiap peluh mereka?

ALfatihah.
Nawar Hjsulaiman, 6/11/2014

SHAMINAH NAWAR
24hb Ogos | Khamis | 2 Zulhijjah 1438H

15 August 2017

KETERANGAN PLAINTIF

Assalamualaikum,

semalam dan hari ini.

sesi mengambil keterangan plaintif yang paling lama pernah saya ambil- 9 jam(9am-5pm).
semuanya gara-gara file microsoft word yang saya gunakan semasa sesi kelmarin telah hilang tanpa dapat dikesan.

mujur ada rakaman sepanjang sesi. tapi itulah, memakan masa 9 jam untuk menyusun semula keterangan diselang-selikan lagi dengan bebelan kemarahan terhadap diri sendiri.


berhati-hati semua. pastikan extract dulu zip file sebelum mulakan sesi menaip. Menangis air mata darah takkan boleh undur masa semula. ishnkkkk T_T.


Ayuhlah mendengar 'lagu' ini seharian. naik berminyak telinga.




SHAMINAH NAWAR 
15HB Ogos | Selasa | 22 Zulkaedah 1438H


03 August 2017

ENTRI PERTAMA TAHUN 2017



ASSALAMUALAIKUM W.B.T.


Alhamdulillah,  setelah 27 tahun dipinjamkan jasad untuk bernafas dimuka bumi Allah yang penuh dengan nikmat, penulis kembali mencuba untuk aktif kembali dalam dunia penulisan blog. Inshaa Allah kali ini lebih bersifat matang, keilmuan dan berunsurkan motivasi yang mungkin akan dapat membantu segelintir pembaca blog ini.

Suka untuk diingatkan, segala penulisan sebelum daripada tarikh ini merupakan entri-entri seorang remaja yang baru mengenal dunia teknologi. Entri seorang anak muda yang datangnya dari kampung yang cetek pelbagai ilmu tuhan. Oleh itu, segala cara penulisan semestinya bercorak 'kebudak-budakkan' penuh dengan gaya bahasa yang sukar untuk difahami dan gaya tulisan yang tiada peraturan. Penulis pasti, gaya penulisan seperti ini pada hari ini dikenali sebagai gaya tulisan 'budak-budak wechat'. Untuk itu, penulis berbesar hati sekiranya para pembaca dapat mengabaikan entri-entri berkenaan atau boleh membaca jika berminat sekadar untuk 'suka-suka' dan sebagai bahan bacaan santai. 

Penulis telah berusaha untuk memadam entri-entri yang agak tidak sesuai dijadikan bahan bacaan atau mengandungi unsur-unsur kecaman terhadap beberapa pihak tertentu, namun jika terdapat sebarang keciciran, ianya amatlah dikesali. Hal ini berikutan bilangan entri yang terlalu banyak bermula pada sekitar tahun 2009.

Akhir kalam, semoga blog ini mampu membawa sedikit perubahan dalam hidup individu yang memerlukan. Jika diizinkan, penulis akan memulakan entri pertama pada hujung minggu ini. Semoga dipermudahkan. wassalam.

SHAMINAH NAWAR
3hb Ogos 2017 | Khamis |10 zulkaedah 1438H
Related Posts with Thumbnails