Costumer Review



30 May 2010

::kAHwIn mUdA::



Pena tajam kembali lagi..menggegarkan tembok maya yang kian usang ini.. tapi sawangnya akan tetap membelit utuh, ampuh dan berbisa. Paparan terdahulu saya bawakan pembaca budiman menerokai kemelut kahwin muda yang sedang berleluasa di daerah saya, khususnya daerah pedalaman yang telah lama bergunungkan bangunan-bangunan tersergam indah dan kotak-kotak besi yang tangkas memecut laju 180/j namun tetap berkeras mengusung pemikiran kelas kedua, atau maaf- kelas terakhir dalam tahap pemikiran haiwan sosial dewasa ini. Suatu hari salah seorang makcik saya datang bertandang ke sulap indah saya. Datang sekadar bertukar-tukar cerita namun seperti biasa saya akan menyelinap masuk mencari wayar-wayar bumi agar mendapat cerita berbisa. Dia mengkhabarkan sepupunya(perempuan) akan berkahwin pada bulan hadapan. Saya pun bertanya pasangannya dengan siapa dan berapa umurnya. 14!. Adrenalin saya mengalir deras, memanah saraf otak bergetar pantas. APAKAH?? Kemudian jari jemari mengasah pena setajam yang mungkin, setajam cerita yang baru saya dengari ini, jurnal elektronik bekerja pantas, sepantas jari-jari yang mengetuk kotak-kotak huruf dengan penuh perasaan. Sambungnya lagi sepupunya ini tidak bersekolah(satu kebetulan yang wajib dan biasa di pekampungan tersebut). Ya memang itu satu kebetulan yang sememangnya satu kesilapan. Tamat tahun 6 mereka tidak akan menyambung mana-mana sekolah menengah, kenapa??? Itu yang menyerang minda saya sekarang. Mereka nampaknya lebih suka bekerja di kedai-kedai dengan gaji yang rendah. Dapat pegang duit dua tiga ratus, pegang handphone berkamera, baju-baju striking dengan fesyen vogue, dan balik kampung untuk di tunjuk pada sekalian audiens yang sudah tentunya akan memberikan pujian hipokrit mereka. Amat pening. Setiap kali pulang ke kampung dan menghadiri kenduri-kenduri kahwin, mereka ini akan siap berpakaian ranggi dengan mekap kek lapis Sarawak mereka. Sungguh haru tambah terharu.
Patahkanlah pena tajam ini jika paparan ini satu penipuan. Sungguh saya seakan teringin membuat ‘awareness campaign’ di perkampungan itu. Maafkan pena tajam ini kerana asahannya terlebih tajam hingga terkoyak sekalian sanubari yang membacanya. Sungguh. Majoriti modal insan di perkampungan itu telah kembali merentas masa ke zaman AGOGO!!! BANTU MEREKA!! Sedari saya masuk ke perkampungan itu saya hairan, kerana telahan pertama saya mereka dibelenggu paranoid terhadap pendidikan ialah virus kemiskinan kerana symptom-simptom yang didiagnosis tepat kearah itu. Namun ternyata terdapat pemboleh ubah yang telah dimanipulasikan. Mencerlung saya melihat lebih setiap rumah di kawasan itu mempunyai kereta, di tepi-tepi dinding mereka tersangkut kuali-kuali besi yang di cop dengan cop rasmi ASTRO- dimana rumah saya kempunan melihat objek itu. Memang memeranjatkan, saya seolah-olah tertipu dengan keadaan.
Jadi apakah alasan yang konkrit terhadap hal ini?? Jiwa saya kaku, sekaku mata saya yang melihat seolah-olah satu tamadun aneh sedang bertapak di situ. Mata saya berlari kearah sekumpulan kanak-kanak yang sedang berkumpul di satu kawasan bermain ting-ting, manakala yang lainnya bercerita-cerita di bawah rumah, sungguh comel sekali. Namun jangan silap! Ada antara mereka adalah seorang ibu! Yang digendong bukan adik tetapi anak! Kasihankah saya terhadap mereka? Mungkin, dalam ketenangan dan keceriaan mereka bermain dan bercerita itu saya masih dapat melihat jiwa kanak-kanak mereka! Bukankah mereka sepatutnya sedang bermain permainan komputer atau pun membaca buku cerita di sekolah? Tolonglah… jiwa itu bukan jiwa seorang ibu! Namun jiwa itu terkurung dan pantas di serang sindrom STOCKHOLM. Belajar menerima sesuatu yang menyakitkan tanpa rela, sedangkan jiwa menginginkan yang lain. Ya. Saya bersetuju kali ini, memang kasihan. Pantas saya menutup jurnal besi saya, tetapi tidak pemandangan saya. Bagaimanakah virus ini kekal menyerang penduduk perkampungan ini.. Namun apabila di lihat daripada sudut geografi tempat ini memang agak terpencil. Terletak di sudut hutan yang hanya mempunyai satu jalan masuk ke dalamnya, kampung ini terletak selepas kampung kurian dan sebelum kampung Bangkalalak. Tidak perlu meredah hutan belantara kerana memang sudah di bangunkan jalan-jalan di situ. Memang darjah ketersampaian boleh menjadi satu faktor tetapi bagaimanakah kotak-kotak besi metalik dan kuali kelabu itu mampu memecah masuk ke perkampungan itu?? Saya berpendapat virus itu mempunyai nukleus hiburan dan imun kepada antibiotik pendidikan. Dan ini adalah pemboleh ubah saya yang di MALARKAN.

1 comment:

DeMiZeR said...

huh...susunan kta2 yg menarik..ngeehhh

Related Posts with Thumbnails