Costumer Review



31 July 2010

~my answer is~

coretan ku,


::yo...my sis dah buat saya kena wat entry malamni...even my jari dah tergeliat nak patah setelkan task evidence law...::
but its a little concern..kang x jawab dia da tanak deco2 my blog agy...huhuh::

Beg yg sedang anda gunakan sekarang dan photo anda bersama beg.
~ada kat bawah ni(gambar)..coklat 2k hang out..grey one untuk g kuliah~

Kenapa suka dgn beg itu.
~fashionable, comfortable~

Pengalaman dgn beg itu.
~dior (coklat)-new arrive, mintak diskaun sampai bergaduh ngan cina tukang jual.
grey one-putus tengah jalan(actly beg lama,warisan turun temurun by my sis)

Kenapa, perempuan perlu bawa beg ke mana-mana?
~confident, x mnyusahkan boifren tumpang letak barang kat kocek dorang*kui3x)

Pandangan anda bila lelaki bawa handbag perempuan.
~HOW SWEET!!!!!!!!! secara psiko'y- x malu galas tanggungjawab yg selamani tugas pompoan (jgn jadi maknyah sudah...)

Bagaimana cara anda utk mengelakkan beg dan anda diragut?
~ikat kat pinggang, susah2 gantung kat leher~

Beg atau kasut, mana satu yg anda akan pilih.
~BOTH!! icant decide..~

~THIS IS MY PIX WIF MY BAG..wuahahaha!! ~






30 July 2010

sahabat.

coretan ku,

Tiba2 teringat pada seorang sahabat lama '04-'05 kat SMKB, dyg masraudha..hahaha... frther study also kt mlaka tp slama 2 tawn stengah ni tak per jumpa!! fine sory frenz..1 hari 2 tiba2 dy mesej...ishnk agak terharu jugak babe..dlm kejauhan ni dia masih ingat aq...jarang ada some1 yg akan igt kat kita klu da jau2 gni...btw thanks babe...LUV U SO MUCH!!!!!
'
'
'
'
'
there she is...
DAYANG M.A.S.R.A.U.D.H.A
yg comel loteh...

25 July 2010

Raya yang sama…jiwa yang sama….airmata yang sama….

coretan ku,


“TAHUN NI TAK BALIK RAYA LAGI KE?”
Tiap kali semester sesi hujung tahun, ni la ayat yang paling kerap kali aq dengar..
Intonasi yang sama…
Mimik muka yang sama…
Jawapan yang sama…
“TAKLA..BERAYA KAT SINI LAGI TAHUN NI..”
Perasaan?
Sudah tentu perasaan yang sama..
Sayu..
Sedih..
Terasing..
Dulu2 lagu dendang perantau 2 kitorang gelak2..air mata syawal kitorang kutuk2.. naaaaiiii….
Sekarang itulah peneman di pagi syawal kitorang…
TAK SEDIH KA?
Sesungguhnya…..itulah yang dirasa setiap tahun…yang sama setiap kali..
Pagi syawal bersama ibu bapa orang lain..masakan yang berbeza…baju raya yang berlainan warna…
Cium tangan ibu bapa orang lain..
Minta ampun kat mak bapak orang lain…
Ingat kitorang tak sedihka….??
Sembahyang raya yang ketiga kami dengar khutbahnya dalam slang semenanjung…
Hari raya yang ketiga kami tak pergi ziarah kubur arwah2…
Dah tak ada merasa makan kuih sama2 kat masjid… rombongan pergi ziarah kubur sama2…
Paling dasat…
Malam raya ketiga kami adik beradik tak bergaduh syiapa nak pasang langsir…tukar sarung kusyen…n sapu sawang…
Y??
Sebab semuanya mau jadi tukang isi kuih!!!
Wuahaha…
Sori mom..pop..sis2…
Tahun ni kite bagi perkhabaran yang sama…
Airmata 2k korang yang sama..
Cam tahun2 sebelumnya..
Adik kecik korang sentiasa tiada dalam gambar raya…
Raya yang sama…

My addicted was unstoppable!!!

coretan ku,



Kemarin jalan2 wif my kajen g jaya jusco… makan2 kt shana…niat nak cari baju raya..tp salah port..baju raya kt jj?? Demn… huahua..then mata aq tertancap pada ‘KEDAI BUKU POPULAR’, naaaahhh!! My heart dah abax3x…mmm terasa kaki d magnet menuju ke arah e2.. uarrghhh!!! Kenapalah d letak Stephanie meyer pnya handmade kat pintu mahsyuk..alahaiiiii…melangkah masuk bererti bersedia duit melayang….
‘twilight….da baca… new moon…da ada….eclips…da tengok… breaking dawn……
Breaking dawn……
Breaking dawn…
Ishnk…mahalnya…..rm%$@#*&?
Aq dah tenyeh2 mata… letak dulu..then aq gerak g tengok ‘the host’ pulak..rm37..mm boleh tahan..aq selak2 tgok adakah mana2 yg kurang… gud!! Pas2 aq jalan2 lg tengok others ..then…
Mata aq terscan a little black dress book… uaaarghhh!!!! Teketar2 tangan aq g amek buku 2… ishkk.. mencabar  emosi betul… kenapa harus hadir sekarang?? Banyak duit aq nak beli both of this??!!
‘…..when it comes to love, nothing’s ever….. CRYSTAL CLEAR…..’
OH NOOOOOOOOO….. Azure Dawn…Drew..WAHA!!! Aq terus letak the host..ganti ngan CC… then g kaunter bayar… pas2 aq trus rabak plastic dia ngan rakus…. Holly crap…..
‘………My future had become CRYSTAL CLEAR… maybe it wasn’t the one I’d clung to all those years when I’d been displaced little girl….’

Nostalgia jam UNGU

coretan ku,

Dulu aq pernah demand ngan my sis 2k hadiahkan aq jam warna purple yang aq nmpak kat kedai pinky lady kat Labuan..
Punyala insist aq nak benda 2 sampai tamaw benda lain..kiut jam 2…yg jenis getah punya…
Ishnk..satu hari bila my sis icha balik dari labuan.. dia kasik aq jam 2… my sis aniq kasi dia bilang…ishnk..punya haru maru aq tyme 2.. terus aq pakai sampai tidur pun aq pakai..dasat nda dasat???
Tapi sayang….aq juz smpat pakai setengah tawn ja..merangkap 1 sem la aq kat Melaka… kiut syungguh bila pakai ngan baju raya purple aq..spek mata aq warna purple jugak..brooch jgn cakap..
Tapi bila aq balik sabah..tyme 2 kampung aq x air setahun..so kami kena jadi ikan duyung la kat sungai…then di jadikan ceritera duka bila aq lupa amik jam 2 tyme balik umah..mmmm
Esoknya jam 2 da tiada…sory sis(-_-‘)
Pas2 hari 2 tyme shopping aq jumpa jam yg kaler mcm 2 jgak..x la persis.. tap ‘agak’ bole d consider..
Aq belek2..lawa!
Heee….
 U knowla chamynn…

REMBAAAT!!!

yg my sis belikan
the new one!!!

19 July 2010

::Program pra-persediaan kerjaya, Puteri Resort::

coretan ku,

En.rizal memberikan ceramah mengenai kerjaya dalam bidang korporat



En.Fazli Bin kadir memberikan ceramah mengenai kerjaya perundangan

Apa khabar semua? baik2 sha' kan? hahaha.... pada minggu yang lepas..16 jul '10 saya dan rakan-rakan kos yang lain telah menghadiri satu program persediaan kerjaya bagi pelajar-pelajar tahun akhir IPT. Program 3 hari 2 malam tersebut bertempat di puteri resort, ayer keroh melaka. Program yang bertemakan 'korporat dan santai' itu amat memenuhi kehendak dan keperluan para peserta. Program ini adalah satu wahana yang menjelaskan perincian persediaan ke alam kerjaya seperti temuduga, konflik kerjaya dan lanjutan pengajian. Program yang di anjurkan oleh Felcra Training & Consultancy ini telah menjemput beberapa orang golongan korporat yang telah mendapat tempat dalam proksi kepimpinan kerajaan. 






::hihi juz 4 de sakes mnyebok kat entry kali ini..hope fokus pada pix2 yg berkeneen jer ea..kwang3x::

18 July 2010

SEJAUH MANAKAH PERSETUJUAN HUKUMAN SEBATAN TERHADAP WANITA (Rujukan kes: Kartika Dewi Sari Shukarnor)


coretan ku,

salam semua..para pelajar ipta/s...
siapa2 yg ada wat saimen pasal kes kartika ni (task untuk sbjek civil law)...mayb saimen saya ni boleh wat refrnce..ni bukan hasil PLAGIAT key.. ori made by my hand, juz rujuk mana2 sumber yang berkaitan.. selamat bersaimen...


Oleh:Shaminah Bte Nawar
         :Undang-undang & syariah, tahun 3

PENGENALAN
Sistem perundangan di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu perundangan sivil dan Syariah. Dua sistem perundangan ini adakalanya amat bercanggah antara satu sama lain di mana pada suatu ketika dahulu kelihatannya perundangan sivil amat memonopoli dunia perundangan sehinggakan terpinggirnya perundangan Syariah apabila skop pemakaiannya semakin hari semakin sempit dan bersifat konvensional.
Kanun Keseksaan contohnya, adalah salah satu statut yang digubal yang mana mengawal segala perlakuan jenayah di Malaysia. Jika diteliti dan dikaji kebanyakan peruntukkan-peruntukkan yang terdapat dalam statut ini adalah tidak selari dengan sistem perundangan syariah. Mengapa? Hal ini adalah kerana statut ini adalah di ambil daripada perundangan India atau dalam erti kata lain ialah parimaterial dengan sistem kanun keseksaan yang digunapakai di India.
Salah satu jenis hukuman yang diperuntukan dalam Kanun Keseksaan ini ialah hukuman sebatan. Sebatan dikenakan bagi kesalahan jenayah yang lebih berat dan biasanya melibatkan hukuman kepada jenayah moral. Hakim dalam kes-kes yang berkenaan mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman kepada kesalahan jenyah yang dilakukan berulang kali. Hukuman sebat ini dilakukan dengan menggunakan rotan. Pesalah biasanya akan disebat apabila kesihatan mengizinkan. Justeru, taraf kesihatan pesalah harus mendapat pengesahan daripada doktor pakar bagi memastikan hukuman boleh dilaksanakan atau tidak.
Secara dasarnya seolah-olah statut ini beriringan dengan perudangan islam kerana dalam kehakiman syariah juga ada menggunapakai hukuman sebatan. Namun persoalan timbul apabila dalam perundangan sivil tidak terdapatnya mana-mana peruntukan yang menyatakan hukuman sebatan ke atas wanita. Wanita adalah bebas daripada hukuman sebatan dan sejauh manakah keterpakaian undang-undang ini dalam kalangan orang-orang islam?
Seterusnya kita lihat pula daripada sudut Syariah. Perundangan islam pada hari ini kita tahu adalah masih terikat dengan sistem perundangan penjajah inggeris. Di mana kuasa perlembagaan itu menyekat kuasa syariah dari digunakan secara total. Jika merujuk kepada Al-qur’an dan As-Sunnah, sebatan bagi kesalahan minum arak contohnya adalah 80 kali sebatan dan jika kita kaitkan dengan hukuman yang hanya dibolehkan oleh mahkamah syariah untuk menjatuhkannya hanyalah setakat 6 kali sebatan, atau lebih senang dikenali melalui formula 3:5:6, iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih daripada 5 ribu ringgit, dan 6 kali sebatan. Maka secara nyatanya isu sebatan ini seolah-olah menemui jalan buntu apabila gagal untuk membentuk satu hukuman yang benar-benar ampuh , padat dan tiada ruang untuk dipertikaikan.
RUJUKAN KES: KARTIKA DEWI SARI SHUKARNOR (Kesalahan minum arak)
Merujuk kepada kes yang amat hebat dipertikaikan dan dijadikan polemik dalam masyarakat baru-baru ini ialah isu seorang model sambilan, Kartika Dewi Sari Shukarnor yang mengaku telah meminum minuman keras(arak) meminta untuk diadili di bawah penghakiman Syariah dan bersedia untuk menerima hukuman sebat sebagaimana yang diperuntukkan dalam perundangan Islam. Kita seharusnya bersetuju dengan hukuman ini kerana hukuman ini tidak bertentangan dengan Islam. Walaupun pada ketika ini banyak tentangan daripada luar yakni agama lain dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Sisters In Islam (SIS), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk kesaksamaan Jantina (JAG) yang menghalang pelaksanaan hukuman ini tetapi kita seharusnya tidak tepengaruh kerana siapa mereka untuk menghalang perundangan islam kita?
Perundangan Islam tidak mengira darjat, tidak mengira jantina mahupun pangkat seseorang itu. Kerana hukuman islam lebih bersifat mencegah dan pengajaran. Hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan juga orang yang melihatnya. Hukuman sebat ini juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina. Hukum syarak turut memberikan panduan tentang cara pelaksanaan hukuman sebat berkaitan kesalahan syarie ini. Ia tidak mencederakan atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah kerana hukuman ini bukan bertujuan untuk mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepada pesalah.
Isu ini semakin diperbesarkan ekoran timbulnya pertikaian daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Sisters In Islam (SIS), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk kesaksamaan Jantina (JAG). Persatuan-persatuan ini meminta hukuman sebat ke atas Kartika dibatalkan dengan mendakwa hukuman sebat ini akan mendera pesalah. Malah NGO ini turut menyerahkan memorandum yang menuntut kerajaan agar memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah yang berkuat kuasa di negeri-negeri. Pertikaian dan tuntutan mereka ini boleh diumpamakan sebagai bersifat hasutan dan boleh menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri Malaysia.
Sistem perundangan kita di Malaysia adalah berasaskan Common Law iaitu mana-mana kes pertama yang diputuskan akan menjadi ‘presiden’ bagi kes-kes yang mempunyai fakta yang sama yang akan diputuskan selepasnya. Maka dalam memartabatkan ‘Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam’ seperti mana yang dijanjikan suatu ketika dahulu maka mana-mana kes yang melibatkan orang-orang islam hendaklah dikaji dahulu dengan teliti agar bersifat efektif dan tidak dipertikaikan.
Jadual Kesembilan Senarai Negeri telah secara jelas menyatakan bahawa mana-mana perkara yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah adalah tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah sivil. Maka mana-mana Mahkamah Awam lain tidak ada kuasa dalam mempertikaikan keputusan tersebut. Jika Mahkamah Syariah menjalankan hukuman sebatan terhadap pesalah tersebut maka akan kuranglah statistik jenayah kesalahan minum arak selepas ini kerana hukuman yang di berikan adalah mandatori. Maka di situlah peranan kita sebagai masyarakat dalam menyokong tindakan Mahkamah Syariah itu bukan sekadar memenuhi tuntutan agama tetapi sebagai menghalang gejala maksiat dan tidak bermoral terus berlaku .
Namun apa yang terjadi di penghujung penghakiman kes Kartika tesebut adalah suatu yang amat mengecewakan. Formula 3:5:6 itu hanyalah sekadar bermain di mulut sahaja tanpa ada pelaksanaan yang spesifik dijalankan. Kartika Dewi Shukarnor tidak dijatuhkan hukuman sebatan sebagaimana yang diperkatakan tetapi telah diringankan hukuman kepada khidmat Masyarakat iaitu mencuci tandas selama tiga minggu. Berbaloikah hukuman tersebut? Bukan prejudis terhadap pesalah Cuma memikirkan dampak dan kesannya kepada kes-kes yang bakal diputuskan pada masa hadapan. Bagaimana jika keputusan pada kes ini akan mengikat keputusan kes-kes yang akan datang? Akan bertambah ramailah pesalah-pesalah yang akan melakukan kesalahan yang sama oleh kerana kes yang diputuskan pada kali ini begini keputusannya.
Sultan Pahang telah meringankan hukuman tersebut terhadap kesalahan Kartika yang mana telah telah berlanjutan hingga berbulan-bulan lamanya. Kita begitu berharap agar kuasa sultan yang menjadi ketua bagi orang-orang Islam agar memegang paksi Islam supaya tidak diperlekehkan sewenang-wenangnya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kosmo bertarikh 2 April 2010 ada menyuarakan kebimbangan para peguam syarie yang mana keputusan kes tersebut akan terus mengikat keputusan kes-kes seterusnya, namun begitu mereka tetap percaya peringanan hukuman dalam kes Kartika itu adalah atas dasar perikemanusiaan kerana pesalah telah tampil mengakui kesalahan. Namun dalam sifat kemanusiaan itu, harus kita ketahui ada pihak yang bersorak gembira mendengar keputusan tersebut dan semakin memandang rendah terhadap penghakiman kes-kes syariah seterusnya terus mencucuk jarum agar hukuman-hukuman sebatan ini secara total dimansuhkan.
Kesimpulannya, hukuman sebatan yang dijatuhkan ke atas Kartika sengaja diperbesar-besarkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih populariti dan perhatian dunia luar sahaja. Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mencemarkan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri terlibat, malah turut menjejaskan kesucian Agama Islam dengan pelaksanaan undang-undang syariah kerana telah disalah anggap oleh mereka yang tidak memahami dengan mendalam mengenai Islam terutamanya masyarakat bukan Islam dan masyarakat di dunia luar.
BIBLIOGRAFI
1. Undang-undang Jenayah Sivil (Criminal Law), Pn. Hajah Rositah Kambol, Modul Pembelajaran UND 2073, Kolej Universiti Islam Melaka.
5. Kosmo, Jumaat, 2 April 2010, m/s 1,2,3.

10 July 2010

~hangout g makan2~

::my chayangz da jadik chegu::



Salam sayang semua…..
::entry kali ini di lakar dengan penuh perasaan… tengok title da taw dah.. heeee… my chayang da jadik chegu da… umo x masok 20 agy… baru 19.. tapi da sandang title chegu dah…. tengok… betapa hebatnya dia dari kami semua…
::imbas tahun 2006.. tyme 2 kami da masok 16… tp dia masih bawah umo agy…15… tapi SYUNGGUH!!!!!! Saya tedak tahu dia baru umo 15!!!!!!!!!!!!!.... fayyyyyyiiiiiiinnnnnnnnn!!!!!.... peristiwa menari ngan belachak n bani sudah tentu sentiasa berlegar di ruang mata… yang membuat kami pecah perut menahan ketawa…::
::tapi itu tahun 2006… sekarang da 2010… budak x cukop umo 2 da jadik chegu dah… da convert pakai tudung labuh dah…wuaaahaaa… I very lyke!!! Y?? da ada kauteam dressing cam2… that’s mean pasni aq da handred person akan bungkus semua shawl aq tuk sedekah wif my sis yang obsess benda 2.. wuwuwu (sayang amat snanya)::
::tapi 2 tak bermakna aq akan tinggalkan baju2 pelik aq.. wuahaaa…. Kena ada pendirian babe.. suma dress 2 aq still pakai..bukan seksi pown..wuahaa… juz kena pndai mechingkan la… mana2 yg seswai pkai ngan tudung besaw 2.. get along la… kan????::
::bak orang kata… biar tersungkur dipintu neraka…. Jangan sampai tersungkur di pintu syurga::
Kalau tersungkur dipintu neraka..means masih ada harapan menjejak halaman syurga… tapi kalau dah tersungkur di pintu syurga……..
::wuahaa….lelaki?? means boifriend la 2 kan??? X salah… tp pndai2 la jg diri.. agak2 da terlajak.. undur semula.. gustan2 nya urg tetua…heeee…..memang semua orang pernah wat kesilapan.. tapi x semua orang yang mampu berpatah jalan semula.... bincangla ngan boipren 2… kawal2 diri.. muda2 bole la… tapi kalau dah besar2 pon still nak wat bnda agak kurang elok… x branded la… bek kawin la babe..huhuhu….::
::aq cakap bukan juz suka2…. Cakap kosong tanpa pengalaman.. kita x pernah lalui benda 2 tapi semangkit beceramah.. huhuhu… kita tak kena tapi bercakap macam tahu.. ehem2…. Payah juga…::
::Selagi asar belum berakhir…. Selagi itu aq akan reform semula diri aq.. jadi shaminah yang dulu..selagi asar belum berakhir…selagi itu aq akan cari diri aq dan penciptaku… selagi asar belum berakhir… aq akan berusaha mencari sahabat yang membantu..::
::direct statement 4 my chayangz.. azam aq nak reform da lama..tapi masih terkubur… tak pernah siapa nak tolong jagakan…. Kejutkan….N you (wuahaaa…emo pula ptg2 ni)… tengok u dress lyke that wat my soul reboot… Nampak macam cahaya bLing3x terang kat depan mata.. selama ni mata I rabun warna…terang Nampak gelap.. syukur dapat kawan macam ni… kehadirannya bukan di sisi.. tapi di hati…::
::mybe I treat u not as my BFF, but as my lil sis yang I hormat…(wachaaaa!!! Kenapakah air mata eni mengalir deras???cissshh3x!!!).. then done like this.. same old,same old…::

08 July 2010

~RESULT MUET DA KELUAR~




:: Wakaka.. kuning + putih= mecing ka e2? ::
:: 8 julai 2010, result muet pown kua… dengan penoh ke xctedan aq pown pergi ke fakulti inovasi perniagaan dan perakaunan… dengan harapan.. band yang akan aq dapat membuka ruang aq meneruskan kerjaya dalam profession ini… ::
::Sampai2 fakulti 2.. aq n farah filza(member course aq) pergi ke kaunter pertanyaan.. Tanya kat abg kaunter(sabar jela bila taw ‘abg’ kaunter 2 rupanya ustaz kat fakulti 2.. cish3x!!!).. ::
Aq :Bang, result muet da kua da ka?
abg kaunter : ai? Bila masa awak jadi adik saya n saya jadi abg awak?
Aq : (bedebuk sebiji macam kena simbah asid) mm.. ada ka tiada.. (aq teruskan pertanyaan)
Abg kaunter : da keluar tapi slip tak sampai lagi… ‘adik’ (dia tekankan suara,cis!!) cek via on9 or sms ea..
Aq : (bah!! Iyalah!! Panat ini bejalan pagi2 buta!!) terima kasih ya ‘ustaz’..
****************
Sampai2 uma… aq pown terus cek..n keluarlah keputusannya… jeng3x….
Huhu… sory coz it not 4 share.. wuwuwuwu…tapi Alhamdulillah… aq bersyukur sebab tak seteruk mana... even tak sebaik mana.. tapi itulah hasil usaha aq..(ngeh3x).. mom, dad, sis2.. thanx 4 de supporting.. muah3x!!!!

Praktikal…oh praktikal…




~menyempat posing2.. wakakaka.. tom is my cameragurl malam tersebut~
:: lagi fasal keluar malam-malam pergi perjumpaan, tapi kali ini agak interesting sedikit bab kitorang pergi perjumpaan praktikal.. yuhuuuuuuuuu…. Ustaz afif yang memberikan taklimat malam 2 agak bersemangat(ntah napa(-_-‘))… bila dia dah start bla2x… kitorang pown catat2 apa yang patot..::
::Acceli bagi kos kitorang dia da bg opsyen nak g court (apa2 ja) or g pejabat lawyer.. kena start cari malam 2 jugak n esok dah kena kol.. 12 hb dateline bagi alamat.. bah!! Alangkah lah kami bekelam kabut mendail sana sini.. sampai kredit pown terpaksa mintak sapot my sis….. parrrahhh…. ::
::Sudahnya… aq apply magistret court Labuan.. sebab beaufort juz 4 transit cases… memanglah bagus bab my sis keja sana.. tapi probnya kenderaan tiada.. xkan la nak pakai bas?? Kelambatan.. free2 kana hambur… wuwuwu…

04 July 2010

mana 1??






~ciL + MYnN + CyG~


::how about this entry dude??? hahaha hanging with my pwenz n lil sis.. very unpredictable!!! hahaha.... kitowang stay kt kepc n mula r chit chat.... makan3x.. n tambah g sowaang kauteam my bosh!!! kweng3x tp suri r sayang you jadik cameraman pla..wuahaaa... apa lagi keja kami adalah KETAWA sahaja..wakakakaaka.... pas2 aq blah g teman m bosh g sevis keta + makan beger sana (bingkul).. wuaha... i windu kamoo suma!!! muah3x!!!!

03 July 2010

~chAmYnN + ChayAnG + Dd~



::Okeyh!! antara moment2 terpenting aq yang amat berhaga sekali spanjang cuti semester aq d sabah ialah HANGOUT with ka dD n my lil sis CHAPIQA.. best giler syia'!!!! ::
::tp memang horrible mibel la..LOL!!! malam 2 like usually my chayang n i pon wat apoimen nk hengout esoknya... tp syingga our lovely skul lu la....hahahaha....::


::sampai2 skul soknya hati aq dabuk2 mo jmpa my member... e dye.. k.nyr n e jan pon ada!!! waaaaaaa... suma da mkin cunss!!!!! kami 'TER'b uat bisying kat opis dady aq..nahhhh!!! pa g!!! opismate dy pon 'halau' la kami....(naaa..amek ngko!!)

wuahaaa.... pas2 kami pon gerak g dewan makan g ngacau budak2 oriented..yuhuuuu.... buntang mata bling3x!!!! u know la aq n cayang!!! pnya rahsia hati!!::
::wakakakak!!! pas lpak2 ngan cegu pared n cegu jubai kami pon blah g pekan...tp...
punya hina bina...haru biru..kebetula ari 2 hari jum...bah!! oklah!!! syunggu menunggu kereta sampai lepas sembahyang jum!!!! apala??::
::bush3x..pas da setel kami pon gerak la g pekan.. g jumpa ka dD n ka jerz...aq da jnji dia nk mam kepc...then??? she get it...huhuhu... pas2 aq, chayang n ka dD pon kua sawan posing kami... (b4ot waterfront pon jd r..) hihi...jom kLik3x!!::



Related Posts with Thumbnails