Costumer Review



Showing posts with label law. Show all posts
Showing posts with label law. Show all posts

24 December 2010

Babai semua!! (farewell party to miss chamynn :) )

Huihh!! Dasat!! Gerrrammm sgt2 mlm td nk update 1 entry pun makan masa hampir 3 jam..mak aih line sellllowwwwwww giler rasa nk hempas jerr lappy akak aq uhh!! L
Haha dah3x!! jom kita bergembira ya? Rabu lepas.. macam biasa naik bas pergi kerja..then datang agak lewat sedikit. Sampai2 ja kat opis..  memang terkejut macam kera jumpa eskrem.. punya banyak makanan atas meja..alahai..kenduri arwah sapa pagi2 buta ni?huhuhu.. ayat cam kuwang ajo jerr..
Tiba2 sis jane bersuara dari jaoh, Alaska. ‘ini farewell untok amoi chantekk!!”


 inilaa dia sis jane !! mix chinese + korea


 makan2x!! fully sponsored by kaka rosilah


pakcik rahim,wakil bagi cenderahati :)


nyuuummmmyyyy....



babai suma!!!!!!!!!!!! :(

Aikk??pulakk dahh…. Tergamam ada.. tergumam pun ada..hihi.. rasa terharu sangat2..aiiiyy!! touching!!!!!.. makasih macik2..kakak2..pakcik2 yang amat penyayang n peramah.. I’ll miss u nanti!! Wuwu xspecially sis jane..sungguh baik hati!!
p/s: actually entry tgh marahni ngn my temprary bos coz sebab dia my plan tgok wayang ngan sis jane tergendala!!blah la lu!! Cam hebaaat!!!!!!!!!!!!!

18 December 2010

aku, bas dan hujan

kasut di pakai erat. dihentak2 ke lantai agar kemas. ketat dan tidak tertanggal. hari ini dan hari akan datang penuh serabut, mengikat jiwa yang kusut. hati menutur senyum.
bas no.3 tidak muncul2, baju kot kian kusut remuk menunjukkan kelusuhan yang amat ketara, kasut yang kian nipis menampakkan bunga tapak yang kian rata. selendang di lilit rapi. pegang kata a. samad said dalam kebanyakkan karyanya: biar buruk asal kemas.
hari hujan, alangkah bagus kalau ada kereta yang sudi menumpangkan sampai ke destinasi. rintik2 kian menggigit baju, merebak hingga hampir lencun, namun masih nampak kemas.
"mahkamah majistret pakcik"
dan aku terus duduk berhimpit dengan makcik pilipin di sudut belakang, laptop hampir terjatuh namun selamat uncle jual rokok sempat sambut.
nico stai-one october mengisi ruang telinga yang gatal. berdetak detuk menyanyi berteriak.penumpang semakin ramai..tempat duduk kian sempit, ahh..sudah..sekarang di depan mata bukannya balai bomba yang berjiran dengan mgstret court, bukan juga JKR yang bersetentang dengannya..mm ntah kali yang ke berapa.. bas yang aku naiki selalu salah tujuan ke mahkamah syariah.. bukan  mgstret court tempat ku bekerja. maksudnya tambang akan perlu tambah 50sen lagi..dan itu juga bermaksud uncang duit syiling aku akan over bajet lagi.
aku turun ke destinasi, dengan jam pukul 8.1o minit..dan itu juga bermakna 10 minit jelingan staff takkan berhenti.ah sudah. aku buat muka kosong naik bilik bicara, sabarlah!!
 1 minggu lagi!.

07 December 2010

bILa LOyar MasuK poLitiK(AKU N POLITIK)


Oooo…hohoho..wa n politik..sodap wo punya tittle…ala2  gengster masuk masjid ..huhu.. biar luar Nampak macam lintah kat sawah tapi dalam hati ada taman..beriman..

Peguambisaya memang suka politik, politikampus, politikwang, politikus…suma peguambisaya layan.. mak ayah memang gila politik..mana2 mak ayah pergi memang peguambisaya tumpang semangkuk..cakap ja..pergi bersidang? Berkempen sampai kena kejar anjing sawan, or program juara rakyat sampai yb yang tensen asyik tengok budak ingus ni berkepit bawah lengan mak suruh dia jadi emcee..peguambisaya gembira sampai nak panjat pokok mangga..peguambisaya layan..sebab dapat komisyen.
Tiap kali pilihanraya kat kampung memang macam semut meletup sarang..orang2 kampung yang selalunya ke laut tangkap ikan akan pakai baju licin sampai lalat tergelincir pergi pancing undi..almaklumlah orang kuat parti.

Time 2 tu juga akan Nampak banyak kuih2 talam bermarkas dulang2 hipokrit..kata orang kuat parti ni tapi sibuk menarik ahli ke parti lain..ciss!! keparat kuih itu!! Curang!! Busuk!! Basi!!
Politik memang ganas…masa ni lah tak mengaku saudara.. yang seagama di belakangkan yang sebangsa di jerukkan sampai masak. Yang penting sehaluan..sefikiran. racun dijadikan ulam,di mamah halus2 sampai cirit birit.


Pernah mak di kejar pukul 3 pagi sampai ke rumah.. kuih2 talam ni dakwa kononnya mak bawa duit peruntukkan ke rumah.. duit2 peruntukan PEMUDA. Mak bingung.. mak orang kuat WANITA, pasai apa duit pemuda ada kat wanita? Tyme ni memang kuar aura lawyer mak.. mak bebahas pagi2 buta sampai tak sempat budak2 pemuda 2 nak object apatahlagi interrupt. Haha aku dan kakakku ketawa sampai nak terkencing dengar cerita mak..apakan tidak cara mak bercerita seolah kami adalah kuih2 tersebut!
Ganas cerita mak sadis lagi cerita ayah..haha tapi apa2 hal memang berkait dengan mak jugalah..sebab ayah juz part tyme kat politik..mak permanent..kui3x..

Suatu hari ayah n de geng kena hantar surat layang entah dari sepsis kuih mana..aura dengki memang kejam, orang tu sebenarnya nak demn mak tapi dia taruk nama ayah..sebab mak pompoan,(kot)..
Cerita ada seorang kuih 2 spesis talam 2 muka dah terbongkar…banyak orang report kat mak…tp mak x buat apa2… mak kenal kuih 2 siapa..suatu hari mak kena panggil buat persidangan tertutup kat balai raya, konon2 nak buat prbicaraan kampong sebab orang atasan ada terima mesej konon darimak yang bagitau perbuatan cilake bijak kuih 2. Mak pun pertahankan lah diri dia..mintak tunjuk bukti..pas2mak gelak2 apakebodo nyer dah trang tang tang no. 2 bukan no. dia..

Perbicaraan setel, tapi kuih basi 2 kantoi sebab aura inti hitamnyer dah terhidu ahli2 parti yang lain. Mak buat muka senyum tapi dalam hati mak rasa nak tarik lidah orang tu simpul kat kipas.
Hahaha..rasanya entry ini x sesuai bertajuk aku n politik..tapi keluargaku n politik.

02 December 2010

anak kampung dot.dot.dot


kerja3x. belajar menangis ceria.. anak muda ini dari kampung yang tak pernah kenal makna kota. tak pernah jejak bangunan2 tinggi hi-profil macam syarikat2 besar..balai polis..bomba mahupun mahkamah rendah..
anak jakun ini selalu pandang polis main tembak2 macam dalam gerak khas, peguam2 muda macam soot & co. dari kotak kaca yang ada areal dua. anak muda ini juga selalu angan2 pakai jubah hitam macam hakim zaman dahulu kala. anak muda ini temberang bila buat biodata dekat buku latihan bagi kat kawan2..
tertulis cita2 jadi peguam bisaya..

~sekarang~
oh opis...hanya sekejap saja mampu stay lepak2 kat meja.. kerana selebihnya masa kena masuk ke bilik bicara.... berbicara bersama peguam2 muda..rasa anak kampung jakun ini bermimpi di bawah ketiak mama,
bapa..
  dah dekat pukol 5..jom balik rumah!!














Blogger Templates

23 November 2010

f1 day lapor diri kat mahkamah labuan.

assalamualaikum w.b.t
ceyh...sungguh berskema..hew!!!
merujuk kepada perkara di atas... saya shaminah bte nawar no.matrik 080329 jurusan undang2 dan syariah tahun 3 dengan ini melapor dr di mahkamah sesyen/majistret labuan sebagai pelajar praktikal UCiM.
YA AMPUN CINTAAAAAAAAAAA.....
HARI PERTAMA KERJA SEMUA MEMANG SERBA TAK KENA..
balik2 betulkan tudung aisyeh...my hati is debar2 tnggu my boss where is she is a second majistret in that court.
then when my boss dtg we make a chit chat dlm stengah jam la juga.. oh god!! org mmbakut babe!! be berunai tahh kami ani..huhuhuaaa...
hari pertama juz tgok2 file...sebokkan dr...2,3 kali baca kes yang sama...paning!!!!
n 8,9 kali i tengok jam kat dinding....
masa... jam 5 la cepat!!!!!
Blogger Templates

08 October 2010

Lawyer in-making is de gang of breaking de rules!!!!

Wowowow!!!
Kaki kencing…minah kantoi..mamat pelakon…burrrr!!!! Semua dah berbaur menjadi segeng!!! Masing2 bukak hikayat merapu tahap degree.. yang malu2 kucing nak mengantoi kitorang cop budak diploma. Still in praktikal.
Cerita pasal projek ustaz r n r yang terbengkalai..yang tak tentu lokasi dan cerita bla3x~~~ yang takkan pernah habis.. minggu lepas kena push ngan tuan empunya projek barulah bukak langkah mencari tapak projek.thats mean kena mencari tapak wakaf. Boleh jadi masjid? Surau? madrasah? klinik? hospital? Damn!!...bagaimanakah nak mencarinya? hohohoho…. kena dapat ketua otak tahap mangkuk hayun ph.D punya..memang kerja sebulan boleh convert jadi sejam!! Mabeles!!
Kitorang amek gambar klas. Mostly untuk mengaburi mata yang berhormat ustaz r n r.. dimanakah lokasinya?? Naaaa…..
Masjid campus geng!! Naaa..amek ko!!! Huahuahua…memang a little crap..But I’m so impress!! My buddies are so sporting n gila2 mow mampos!!!! I’m happy.. They’re too..mm aren’t they?






19 July 2010

::Program pra-persediaan kerjaya, Puteri Resort::

coretan ku,

En.rizal memberikan ceramah mengenai kerjaya dalam bidang korporat



En.Fazli Bin kadir memberikan ceramah mengenai kerjaya perundangan

Apa khabar semua? baik2 sha' kan? hahaha.... pada minggu yang lepas..16 jul '10 saya dan rakan-rakan kos yang lain telah menghadiri satu program persediaan kerjaya bagi pelajar-pelajar tahun akhir IPT. Program 3 hari 2 malam tersebut bertempat di puteri resort, ayer keroh melaka. Program yang bertemakan 'korporat dan santai' itu amat memenuhi kehendak dan keperluan para peserta. Program ini adalah satu wahana yang menjelaskan perincian persediaan ke alam kerjaya seperti temuduga, konflik kerjaya dan lanjutan pengajian. Program yang di anjurkan oleh Felcra Training & Consultancy ini telah menjemput beberapa orang golongan korporat yang telah mendapat tempat dalam proksi kepimpinan kerajaan. 






::hihi juz 4 de sakes mnyebok kat entry kali ini..hope fokus pada pix2 yg berkeneen jer ea..kwang3x::

18 July 2010

SEJAUH MANAKAH PERSETUJUAN HUKUMAN SEBATAN TERHADAP WANITA (Rujukan kes: Kartika Dewi Sari Shukarnor)


coretan ku,

salam semua..para pelajar ipta/s...
siapa2 yg ada wat saimen pasal kes kartika ni (task untuk sbjek civil law)...mayb saimen saya ni boleh wat refrnce..ni bukan hasil PLAGIAT key.. ori made by my hand, juz rujuk mana2 sumber yang berkaitan.. selamat bersaimen...


Oleh:Shaminah Bte Nawar
         :Undang-undang & syariah, tahun 3

PENGENALAN
Sistem perundangan di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu perundangan sivil dan Syariah. Dua sistem perundangan ini adakalanya amat bercanggah antara satu sama lain di mana pada suatu ketika dahulu kelihatannya perundangan sivil amat memonopoli dunia perundangan sehinggakan terpinggirnya perundangan Syariah apabila skop pemakaiannya semakin hari semakin sempit dan bersifat konvensional.
Kanun Keseksaan contohnya, adalah salah satu statut yang digubal yang mana mengawal segala perlakuan jenayah di Malaysia. Jika diteliti dan dikaji kebanyakan peruntukkan-peruntukkan yang terdapat dalam statut ini adalah tidak selari dengan sistem perundangan syariah. Mengapa? Hal ini adalah kerana statut ini adalah di ambil daripada perundangan India atau dalam erti kata lain ialah parimaterial dengan sistem kanun keseksaan yang digunapakai di India.
Salah satu jenis hukuman yang diperuntukan dalam Kanun Keseksaan ini ialah hukuman sebatan. Sebatan dikenakan bagi kesalahan jenayah yang lebih berat dan biasanya melibatkan hukuman kepada jenayah moral. Hakim dalam kes-kes yang berkenaan mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman kepada kesalahan jenyah yang dilakukan berulang kali. Hukuman sebat ini dilakukan dengan menggunakan rotan. Pesalah biasanya akan disebat apabila kesihatan mengizinkan. Justeru, taraf kesihatan pesalah harus mendapat pengesahan daripada doktor pakar bagi memastikan hukuman boleh dilaksanakan atau tidak.
Secara dasarnya seolah-olah statut ini beriringan dengan perudangan islam kerana dalam kehakiman syariah juga ada menggunapakai hukuman sebatan. Namun persoalan timbul apabila dalam perundangan sivil tidak terdapatnya mana-mana peruntukan yang menyatakan hukuman sebatan ke atas wanita. Wanita adalah bebas daripada hukuman sebatan dan sejauh manakah keterpakaian undang-undang ini dalam kalangan orang-orang islam?
Seterusnya kita lihat pula daripada sudut Syariah. Perundangan islam pada hari ini kita tahu adalah masih terikat dengan sistem perundangan penjajah inggeris. Di mana kuasa perlembagaan itu menyekat kuasa syariah dari digunakan secara total. Jika merujuk kepada Al-qur’an dan As-Sunnah, sebatan bagi kesalahan minum arak contohnya adalah 80 kali sebatan dan jika kita kaitkan dengan hukuman yang hanya dibolehkan oleh mahkamah syariah untuk menjatuhkannya hanyalah setakat 6 kali sebatan, atau lebih senang dikenali melalui formula 3:5:6, iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih daripada 5 ribu ringgit, dan 6 kali sebatan. Maka secara nyatanya isu sebatan ini seolah-olah menemui jalan buntu apabila gagal untuk membentuk satu hukuman yang benar-benar ampuh , padat dan tiada ruang untuk dipertikaikan.
RUJUKAN KES: KARTIKA DEWI SARI SHUKARNOR (Kesalahan minum arak)
Merujuk kepada kes yang amat hebat dipertikaikan dan dijadikan polemik dalam masyarakat baru-baru ini ialah isu seorang model sambilan, Kartika Dewi Sari Shukarnor yang mengaku telah meminum minuman keras(arak) meminta untuk diadili di bawah penghakiman Syariah dan bersedia untuk menerima hukuman sebat sebagaimana yang diperuntukkan dalam perundangan Islam. Kita seharusnya bersetuju dengan hukuman ini kerana hukuman ini tidak bertentangan dengan Islam. Walaupun pada ketika ini banyak tentangan daripada luar yakni agama lain dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Sisters In Islam (SIS), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk kesaksamaan Jantina (JAG) yang menghalang pelaksanaan hukuman ini tetapi kita seharusnya tidak tepengaruh kerana siapa mereka untuk menghalang perundangan islam kita?
Perundangan Islam tidak mengira darjat, tidak mengira jantina mahupun pangkat seseorang itu. Kerana hukuman islam lebih bersifat mencegah dan pengajaran. Hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan juga orang yang melihatnya. Hukuman sebat ini juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina. Hukum syarak turut memberikan panduan tentang cara pelaksanaan hukuman sebat berkaitan kesalahan syarie ini. Ia tidak mencederakan atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah kerana hukuman ini bukan bertujuan untuk mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepada pesalah.
Isu ini semakin diperbesarkan ekoran timbulnya pertikaian daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Sisters In Islam (SIS), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk kesaksamaan Jantina (JAG). Persatuan-persatuan ini meminta hukuman sebat ke atas Kartika dibatalkan dengan mendakwa hukuman sebat ini akan mendera pesalah. Malah NGO ini turut menyerahkan memorandum yang menuntut kerajaan agar memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah yang berkuat kuasa di negeri-negeri. Pertikaian dan tuntutan mereka ini boleh diumpamakan sebagai bersifat hasutan dan boleh menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri Malaysia.
Sistem perundangan kita di Malaysia adalah berasaskan Common Law iaitu mana-mana kes pertama yang diputuskan akan menjadi ‘presiden’ bagi kes-kes yang mempunyai fakta yang sama yang akan diputuskan selepasnya. Maka dalam memartabatkan ‘Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam’ seperti mana yang dijanjikan suatu ketika dahulu maka mana-mana kes yang melibatkan orang-orang islam hendaklah dikaji dahulu dengan teliti agar bersifat efektif dan tidak dipertikaikan.
Jadual Kesembilan Senarai Negeri telah secara jelas menyatakan bahawa mana-mana perkara yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah adalah tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah sivil. Maka mana-mana Mahkamah Awam lain tidak ada kuasa dalam mempertikaikan keputusan tersebut. Jika Mahkamah Syariah menjalankan hukuman sebatan terhadap pesalah tersebut maka akan kuranglah statistik jenayah kesalahan minum arak selepas ini kerana hukuman yang di berikan adalah mandatori. Maka di situlah peranan kita sebagai masyarakat dalam menyokong tindakan Mahkamah Syariah itu bukan sekadar memenuhi tuntutan agama tetapi sebagai menghalang gejala maksiat dan tidak bermoral terus berlaku .
Namun apa yang terjadi di penghujung penghakiman kes Kartika tesebut adalah suatu yang amat mengecewakan. Formula 3:5:6 itu hanyalah sekadar bermain di mulut sahaja tanpa ada pelaksanaan yang spesifik dijalankan. Kartika Dewi Shukarnor tidak dijatuhkan hukuman sebatan sebagaimana yang diperkatakan tetapi telah diringankan hukuman kepada khidmat Masyarakat iaitu mencuci tandas selama tiga minggu. Berbaloikah hukuman tersebut? Bukan prejudis terhadap pesalah Cuma memikirkan dampak dan kesannya kepada kes-kes yang bakal diputuskan pada masa hadapan. Bagaimana jika keputusan pada kes ini akan mengikat keputusan kes-kes yang akan datang? Akan bertambah ramailah pesalah-pesalah yang akan melakukan kesalahan yang sama oleh kerana kes yang diputuskan pada kali ini begini keputusannya.
Sultan Pahang telah meringankan hukuman tersebut terhadap kesalahan Kartika yang mana telah telah berlanjutan hingga berbulan-bulan lamanya. Kita begitu berharap agar kuasa sultan yang menjadi ketua bagi orang-orang Islam agar memegang paksi Islam supaya tidak diperlekehkan sewenang-wenangnya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kosmo bertarikh 2 April 2010 ada menyuarakan kebimbangan para peguam syarie yang mana keputusan kes tersebut akan terus mengikat keputusan kes-kes seterusnya, namun begitu mereka tetap percaya peringanan hukuman dalam kes Kartika itu adalah atas dasar perikemanusiaan kerana pesalah telah tampil mengakui kesalahan. Namun dalam sifat kemanusiaan itu, harus kita ketahui ada pihak yang bersorak gembira mendengar keputusan tersebut dan semakin memandang rendah terhadap penghakiman kes-kes syariah seterusnya terus mencucuk jarum agar hukuman-hukuman sebatan ini secara total dimansuhkan.
Kesimpulannya, hukuman sebatan yang dijatuhkan ke atas Kartika sengaja diperbesar-besarkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih populariti dan perhatian dunia luar sahaja. Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mencemarkan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri terlibat, malah turut menjejaskan kesucian Agama Islam dengan pelaksanaan undang-undang syariah kerana telah disalah anggap oleh mereka yang tidak memahami dengan mendalam mengenai Islam terutamanya masyarakat bukan Islam dan masyarakat di dunia luar.
BIBLIOGRAFI
1. Undang-undang Jenayah Sivil (Criminal Law), Pn. Hajah Rositah Kambol, Modul Pembelajaran UND 2073, Kolej Universiti Islam Melaka.
5. Kosmo, Jumaat, 2 April 2010, m/s 1,2,3.

08 July 2010

~RESULT MUET DA KELUAR~




:: Wakaka.. kuning + putih= mecing ka e2? ::
:: 8 julai 2010, result muet pown kua… dengan penoh ke xctedan aq pown pergi ke fakulti inovasi perniagaan dan perakaunan… dengan harapan.. band yang akan aq dapat membuka ruang aq meneruskan kerjaya dalam profession ini… ::
::Sampai2 fakulti 2.. aq n farah filza(member course aq) pergi ke kaunter pertanyaan.. Tanya kat abg kaunter(sabar jela bila taw ‘abg’ kaunter 2 rupanya ustaz kat fakulti 2.. cish3x!!!).. ::
Aq :Bang, result muet da kua da ka?
abg kaunter : ai? Bila masa awak jadi adik saya n saya jadi abg awak?
Aq : (bedebuk sebiji macam kena simbah asid) mm.. ada ka tiada.. (aq teruskan pertanyaan)
Abg kaunter : da keluar tapi slip tak sampai lagi… ‘adik’ (dia tekankan suara,cis!!) cek via on9 or sms ea..
Aq : (bah!! Iyalah!! Panat ini bejalan pagi2 buta!!) terima kasih ya ‘ustaz’..
****************
Sampai2 uma… aq pown terus cek..n keluarlah keputusannya… jeng3x….
Huhu… sory coz it not 4 share.. wuwuwuwu…tapi Alhamdulillah… aq bersyukur sebab tak seteruk mana... even tak sebaik mana.. tapi itulah hasil usaha aq..(ngeh3x).. mom, dad, sis2.. thanx 4 de supporting.. muah3x!!!!

04 May 2010

MuEt!!! + big ApplE donut + paramore


MaLamnI aq kena struggle... sok da muet speaking n harunya rasa bila x sorang pon budak2 Law yang 1 tarikh sama ngan aq...
aq sorang ja tersadai tanpa arah....uuuuuuaaaaarrrrrrgggggghhhhhhhh!!!
sekarang adalah masa aq menghitung hari...bukan nak abish muet tapi balik
SABAH!!!! yihaahhh!!!!
SERONOKNYA RASA TIDAK TERKATA!!
aduhai...xde mud snanya nak wat entry 2 sebab da merapu tahap
natrium bromat..
kui3x..(nak kna plempang ckgu fizikni)
k la readers..aq kena praktis speaking nih,,, amik feeling lah katakan..jam da merangkap pukol 10.09 pm.. daaaa!!!
muahx
Tadi lepas lepak ngan npon aq denga
bella's lullaby by edward cullen..aq selak2 my 'new moon' yang ntah da brapa kali aq baca sampai nek muak kelua muntah hijau..npon aq bunyi.ouch my member mesej suh denga lagu 'the only exception' by paramore.. aq pon usha r carik2 lagu uh kat tenet..dwnlod n trus trnsfer kat npon aq..
"...deep in my soul...that love never lasts..."
ullamak...minah karat tangkap jiwang la pulak...
sapa r mamat grunge yang nak sangkut uuhh..sile2x..kui3x
obvsly..this song make a sense.. quiet creepy bila my soul boleh tangkap lagu nih ngan cepat...
uaaarrrgghh!!!! i like this song!!!
pastu my kazen panggil aq stay kat lua..skali bila aq g.ullamak aih...
big apple punyer donut uhhhh!!!! perut aq automatik kempis(padahal da makan nasi goreng ayam uh) n aq lahap benda tuh sampai licin.

18 April 2010

PeRtEMpUrAn DaH bErmULa!!!


......alhamdulillah... aq baru ja lepas paper aqidah tadi... alhamdulillah AGAK boleh jawab walaupun soalan agak2 pening2 macam soalan fizik..har2x!!!
19/4-AQIDAH
21/4-UNDANG-UNDANG KELUARGA 1
23/4-FIQH MUNAKAHAT(perkahwinan)
24/4-MUET(listening/writing/reading)
26/4-UNDANG-UNDANG JENAYAH
28/4-PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
30/4-UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
5/5-MUET(speaking)

::haha...aq sedaya upaya memadatkan utak ngan semua subjek yg tertera d atas..amacam ? ada berannnn??!!
kui3x...da 4 harinaq x buka laptop..takut pula jamm..tp kalau da buka..alahai...buku2 aq pula yg jamm!!!! hahahahaha!!!!::

09 April 2010

::DetIk2 SebElUm fInAL::




Dengan penuh keburingan aq mula memulakan proses mencanting batik...






London choco roll..antara sahabat setia yg menemani aq dalam setiap kunyahan...





..Stay up sampai kol 5 pagi...dalam kol 4 g2 aq tiba2 terasa apar yg tramat sangat lalu ambil keputusan membaham megi..dengan di sertai 3 bungkus nescafe...




Wuwu..bagi sesiapa yang berkenaan...kesiannya chamynn juz makan ni ja 2k srvive idop..wawawa




..tik tok..menunggu masa balik...xctednya aq!!!!!!!!!!!!!




Nota seciput aq ntok muet..kih2x...pemalas!!!




Mind mapping ntok subjek FAMILY LAW... ni yang buat aq gila2 stay up sampai mo pitam..haha




Ni pula ntok business law..huhu..



Yihaaah!!!! ntok undang Jenayah Sivil Dan Syariah.. seronok sangat sebab kuiz dia alhmdllah aq dapat jawab..hihi
Related Posts with Thumbnails