Costumer Review



09 October 2012

projek PWTC

Assalamualaikum bloggers!

salam petang semua :) 
sekarangni minggu xam, maka sesetengah pemilik blogger terpaksa meninggalkan blog dalam keadaan bersawang. Maaf, sila bersabar.

aku baru berkesempatan hapdate blog. maka ini adalah projek aku masa puasa hari tu (raya pun dah lepass... alahaiiii...)


















majlis berbuka bersama ketua menteri sabah. ngeh2! 1 pix beliau pun aku tak letak sini. maaf dato;.

p/s: lusa paper islamic criminal law. doakan saya!

18 July 2012

project seri putra

asalamualaikum :)
penat tahap tak hengat :( project xx yg dijadualkan 20hb ni batal sebab ada midterm, sob sob sob rasa nak baring tengah jalan tunggu kereta langgar.wuwuwuwwu...
btw untuk melegakan hati yang tengah meruntun hiba, aku buat editing sampai mata lebam... hihihihi 
ni adalah sebahagian project aku recently, aku namakan 'PROJECT SERI PUTRA'  :)










oke oke tolonglah berhenti :( hihi.. mata dah sebijik mata panda, ok, spek dah main ice skating kat hidung, lelap jom!!! muah!!!!

eh, 2 ogos ni ada program bersama ketua menteri sabah, hee
ready with de skema event! hihihi


assalamualaik, mimpi indah :)

15 July 2012

project serdang

Lenguhnya badan, semalam seharian kat project jugra. huuu... lebam2 kaki.
tapi kali ni aku nak publish project serdang dulu ok?line x oke jd sikit saja pix yg berjaya di haplod.. hee!










letih amat, esok kena menghadap lec lagi.heeee

and lastly, here's the photographer
assalamualaik. mimpi indah :)

09 July 2012

Pagi raya? Syahdu lagi nampaknya.

Tahun ni puasa diperantauan lagi,tahun tahun sudah di melaka,maka tahun ini lokasi berubah 90 darjah,selangor. Tiket raya nampaknya sekali lagi berjaya mendown diri aku,huhu... turun kk sahaja hampir 600 pergi balik.maka aku turun labuan,sebab murah sedikit..heeee.

part syahdunya adalah apabila tiket yg 'murah' itu adalah bertarikh :
19.8.2012!
makanya ia bermaksud 29 ramadhan ataupun 1syawal.
sekarang tell me, syahdu tak syahdu?? Ishnk....


14 June 2012

jatuhla jatuh.

jatuh ke bumi jadi permata, jatuh ke laut jadi mutiara.
kalau jatuh itu bermaruah,biar kau diam dunia tetap mengangguk. ya, kau pemenang.

insan2 genit ini kini sudah ada yang bertuan, dan selebihnya masih bertatih menghadap kalam yang entah bila khatam.
'kalau masa itu bertuankan kenangan, maka kenangan itu...? bertuankan insan?'
gugur petak-petak kenangan itu ke bumi bukan retak yang menanti. tapi mengisi ruang-ruang masa yang tak terganti.
cantik jalan cerita itu berdakwatkan air mata dan biru-biru tawa.
walau sesekali di garis, bukan menghapus tapi menyembunyi kronologi yang tak terkenan plotnya.
namun jangan dibiar menjadi habuan pemadam yang memalsukan aslinya epik sebuah kisah, yang takkan pernah dibukukan.

15 December 2011

Paper kau rumi.. aku jawi!!

p/s: ini adalah entry berkulat yang aku taip dengan sepenuh hati semasa aku belum start masuk U, maka baca dalam mode 'PEKERJA(cikgu skolah rendah ok?)huuuu...


Bila buat kerja macam saimen, kompom hancurr..apa kau ingat boss kau tu macam lecturer?? Lambat sikit setakat prob antara kau dan dia..paling cikai markah kena potong sekerat dua. Apalah sangat. Tapi bila kau anggap boss kau macam TNC.. haaa tu boleh pakai..sebab tu macam ada kaitan sikit. Kau buat hal dan tu dah libatkan kau, dia dan university. Silap haribulan kau takkan grad. Kirim salam dan jaga-jaga kalahkan andartu terlampau. Tak laku.
Aku siapkan paper final student aku dekat berminggu.. apadaaa… setakat 4 paper. Ciss terasa macam dah jadi siput cacat. Jilake. Bila aku pergi potostat kat kedai..dahla 1 kena queue.. bertembung pula dengan kaum guru. Alahai..kalau setakat cikgu bm ka..pjk ka cikgu muzik tak apa. Kalau dibuatnya cikgu fizik or cikgu bio? Hampeh dah bertaun tak mengadap kompom tera giga mega aku dah jadi sardin cap ayam. Isi ikan kuah ayam. Ishnk.
Cikgu xyz: potostat paper final ke cikgu?(ehem2 dah memandai aku ni cikgu la pulak ( -_-)
aku: ha ah,adalah sikit (aku berusaha menterminatekan conversation.)
Cikgu xyz: samalah... saya ni kerja last minit..tapi yang penting siap juga..bukan susah sangat pun….bla3x… (aku mula kuatkan mp3 kat telinga. Bloody rude. Kanak2 jangan ikut)
Aku: oo.. hahaha….iya2.. (padahal aku tengah menghapal lirik eternal flame.)
Kau buat paper final dalam b.melayu..aku jawi..tu yang tak sama!!



26 November 2011

perlembagaan dunia vs perlembagaan di langit!

Maka berdendanglah! Tiada siapa akan menahan rentak irama yang kau cipta. Sekalipun sumbang namun yang mengerti tetap engkau. Memang benar jalan di hadapan tidak lurus namun kau tahu bengkok tidak bermakna salah.  Tapi bengkok itu yang mengajar engkau erti payah, erti susah, dan erti seketul daging yang perlu digerakkan kudratnya, bukan bertaklid sesedap rasa. Sedetik pujian melambung rasa sesungguhnya kau tahu itu racun mendamba harga sebuah ketakburan nyata. Maka bersuaralah! Sekalipun kau tahu setiap nyawa di sekeliling memekakkan telinga, menutup pintu hati.. mati. Namun harus kau pegang lafaz perlu benar dan berfakta. Jika manusia mengagungkan perlembagaan dunia, maka engkaulah ketua turus mengangkat perlembagaan PENCIPTA.  Seketika undang2 dunia boleh dipinda, jangan pernah dicabar perundangan agung  di atas sana!

12.50am, pgmbisaya, Bangi.

07 November 2011

bapa beli tv sampai kena dok spital.

Oh bapa. Kot ya pun nak beli tv … belilah terus LCD plasma ke segala bagai..hahahaha ni yang bapa pakej beli tv jenama tuberculosis tu apa ceghita…kekekekekekeke

Begitulah kisahnya bapaku J
Batuknya berminggu buat mama risau. 3x aku bawak ke hospital kerajaan. Tak jalan juga.. ntah berapa kali ke klinik swasta a.k.a permai (femesla kunun kt belah2 kampung aku)…paling2 berpuluh ringgit abis beli ubat. Batuk still mantop.

Lalu 14 hb lepas sekali lagi aku bawa bapa ke hospital. Kesian tengok dia tahan. Sakit dada katanya.
Dan Alhamdulillah..tuan doctor kata nak tahan dia…sebab kurang air dan kandungan gula agak tinggi. Ntah aku buat bla bla bla dengan apa dia cakap. Hooo… sorry…out of my field…J

3 hari bapa di tahan di wad biasa… hari khamis lepas tu baru dia dimasukkan ke bilik kuarantin.. punya susah  melawat dia..kena pakai mask..alahai…..memang aku alah pakai mask segala bagai ni… coz wat? Aku bersin seyh!!!! Hahahaha… 

 Oh no..kantoi lentok atas katil…kekekekeke
Btw bapa memang dah kurus…. Cepat sangat badan dia susut.. ishnk… leleh syia’…..tapi tak apa…  cerita aku next entry lagi leleh… hhuhuhuhuh… TERIMA KASIH SUDI BACA  J 

 Yess… inchek nawar..harapan anda pencen 60 sila abaikan..hihihi

 Ishnk.. cian bapa… kiri kanan lengan kena cucuk…
Ni kakak scnd aku…free lagi ni…sapa nak?? hihihi


 Semoga doa sahabat blogger dapat membantu bapa saya sembuh…aminnn…….

 Cik shiqa kata “kak long…cepat2 amek gambar aku sama bapa “

Dan ini saya!! C kecik tukang amek gambar!! Hihihi…daaaa!
Related Posts with Thumbnails