Costumer Review



04 April 2010

::sAyA tAk sEtUjU!!!:: (BUKAN PREJUDIS PADA KARTIKA sEkAdAr mEmEGaNg HuKum2 SyArIe yG sEkiAn LaMa sEMaKin DiKeTepiKaN)


KUANTAN, 2 April (Bernama) -- Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno pada hari Jumaat mula menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, untuk tempoh selama tiga minggu.

Kartika Sari Dewi, 33, terlepas daripada hukuman sebat selepas Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah perkenan meringankan hukuman itu.

"Alhamdulillah, saya sudah bersedia dan perlu kuatkan semangat walaupun terpaksa berpisah dengan dua anak saya selama tiga minggu. Sepanjang saya tiada, adik dan emak saya akan menjaga mereka.

"Apa saja yang diberi, saya akan buat. Saya terkejut dengan keputusan ini namun saya akur dan menjunjung titah Tuanku Sultan Pahang dan saya juga amat hargai keluarga yang memberikan sokongan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Kartika Sari Dewi berkata selepas selesai menjalani hukuman itu dia akan menumpukan perhatian kepada dua anak lelakinya yang berusia 6 dan 8 tahun yang masing-masing mempunyai masalah jantung berlubang dan autisme.

Kartika Sari Dewi yang ditemani bapanya, Shukarno Abdul Mutalib, kakaknya Ratna Seri Dewi dan bapa saudaranya, Amlir Hayat, melaporkan diri di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada pukul 8.45 pagi tadi dan diberikan taklimat berhubung hukuman itu.

Dia kemudian kemudiannya di bawa ke rumah Tengku Ampuan Fatimah yang terletak kira-kira 10km dari pejabat JAIP.

Pihak media bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan rumah kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu bapanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan Kartika Sari Dewi kepada JAIP berkata dia sekeluarga akur dengan keputusan berkenaan.

"Sebelum ini Kartika pernah menjadi jururawat untuk menjaga kanak-kanak dan orang tua di Singapura dan saya pasti pengalamannya akan membantunya dalam menjalani hukuman itu.

"Saya berpuashati dengan rumah tetamu yang disediakan untuk Kartika. Rumah itu dilengkapi dengan dua buah bilik tidur, sebuah bilik air, dapur, segala kemudahan makanan serta penghawa dingin," katanya.

Shukarno berkata Kartika Sari Dewi juga dibenarkan pulang ke Perak sekiranya berlaku kecemasan melibatkan anak-anaknya itu.

Semalam, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Kartika Sari Dewi terlepas hukuman sebat adalah atas budi bicara Sultan Pahang.

"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.

"Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu, tapi hukuman itu diringankan, ini adalah ehsan Tuanku Sultan," titah baginda.

Pada Julai lepas, Kartika Sari Dewi dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah atas tuduhan minum arak ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008.

-- BERNAMA

glitter-graphics.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails