Costumer Review



30 May 2010

::kAHwIn mUdA::



Pena tajam kembali lagi..menggegarkan tembok maya yang kian usang ini.. tapi sawangnya akan tetap membelit utuh, ampuh dan berbisa. Paparan terdahulu saya bawakan pembaca budiman menerokai kemelut kahwin muda yang sedang berleluasa di daerah saya, khususnya daerah pedalaman yang telah lama bergunungkan bangunan-bangunan tersergam indah dan kotak-kotak besi yang tangkas memecut laju 180/j namun tetap berkeras mengusung pemikiran kelas kedua, atau maaf- kelas terakhir dalam tahap pemikiran haiwan sosial dewasa ini. Suatu hari salah seorang makcik saya datang bertandang ke sulap indah saya. Datang sekadar bertukar-tukar cerita namun seperti biasa saya akan menyelinap masuk mencari wayar-wayar bumi agar mendapat cerita berbisa. Dia mengkhabarkan sepupunya(perempuan) akan berkahwin pada bulan hadapan. Saya pun bertanya pasangannya dengan siapa dan berapa umurnya. 14!. Adrenalin saya mengalir deras, memanah saraf otak bergetar pantas. APAKAH?? Kemudian jari jemari mengasah pena setajam yang mungkin, setajam cerita yang baru saya dengari ini, jurnal elektronik bekerja pantas, sepantas jari-jari yang mengetuk kotak-kotak huruf dengan penuh perasaan. Sambungnya lagi sepupunya ini tidak bersekolah(satu kebetulan yang wajib dan biasa di pekampungan tersebut). Ya memang itu satu kebetulan yang sememangnya satu kesilapan. Tamat tahun 6 mereka tidak akan menyambung mana-mana sekolah menengah, kenapa??? Itu yang menyerang minda saya sekarang. Mereka nampaknya lebih suka bekerja di kedai-kedai dengan gaji yang rendah. Dapat pegang duit dua tiga ratus, pegang handphone berkamera, baju-baju striking dengan fesyen vogue, dan balik kampung untuk di tunjuk pada sekalian audiens yang sudah tentunya akan memberikan pujian hipokrit mereka. Amat pening. Setiap kali pulang ke kampung dan menghadiri kenduri-kenduri kahwin, mereka ini akan siap berpakaian ranggi dengan mekap kek lapis Sarawak mereka. Sungguh haru tambah terharu.
Patahkanlah pena tajam ini jika paparan ini satu penipuan. Sungguh saya seakan teringin membuat ‘awareness campaign’ di perkampungan itu. Maafkan pena tajam ini kerana asahannya terlebih tajam hingga terkoyak sekalian sanubari yang membacanya. Sungguh. Majoriti modal insan di perkampungan itu telah kembali merentas masa ke zaman AGOGO!!! BANTU MEREKA!! Sedari saya masuk ke perkampungan itu saya hairan, kerana telahan pertama saya mereka dibelenggu paranoid terhadap pendidikan ialah virus kemiskinan kerana symptom-simptom yang didiagnosis tepat kearah itu. Namun ternyata terdapat pemboleh ubah yang telah dimanipulasikan. Mencerlung saya melihat lebih setiap rumah di kawasan itu mempunyai kereta, di tepi-tepi dinding mereka tersangkut kuali-kuali besi yang di cop dengan cop rasmi ASTRO- dimana rumah saya kempunan melihat objek itu. Memang memeranjatkan, saya seolah-olah tertipu dengan keadaan.
Jadi apakah alasan yang konkrit terhadap hal ini?? Jiwa saya kaku, sekaku mata saya yang melihat seolah-olah satu tamadun aneh sedang bertapak di situ. Mata saya berlari kearah sekumpulan kanak-kanak yang sedang berkumpul di satu kawasan bermain ting-ting, manakala yang lainnya bercerita-cerita di bawah rumah, sungguh comel sekali. Namun jangan silap! Ada antara mereka adalah seorang ibu! Yang digendong bukan adik tetapi anak! Kasihankah saya terhadap mereka? Mungkin, dalam ketenangan dan keceriaan mereka bermain dan bercerita itu saya masih dapat melihat jiwa kanak-kanak mereka! Bukankah mereka sepatutnya sedang bermain permainan komputer atau pun membaca buku cerita di sekolah? Tolonglah… jiwa itu bukan jiwa seorang ibu! Namun jiwa itu terkurung dan pantas di serang sindrom STOCKHOLM. Belajar menerima sesuatu yang menyakitkan tanpa rela, sedangkan jiwa menginginkan yang lain. Ya. Saya bersetuju kali ini, memang kasihan. Pantas saya menutup jurnal besi saya, tetapi tidak pemandangan saya. Bagaimanakah virus ini kekal menyerang penduduk perkampungan ini.. Namun apabila di lihat daripada sudut geografi tempat ini memang agak terpencil. Terletak di sudut hutan yang hanya mempunyai satu jalan masuk ke dalamnya, kampung ini terletak selepas kampung kurian dan sebelum kampung Bangkalalak. Tidak perlu meredah hutan belantara kerana memang sudah di bangunkan jalan-jalan di situ. Memang darjah ketersampaian boleh menjadi satu faktor tetapi bagaimanakah kotak-kotak besi metalik dan kuali kelabu itu mampu memecah masuk ke perkampungan itu?? Saya berpendapat virus itu mempunyai nukleus hiburan dan imun kepada antibiotik pendidikan. Dan ini adalah pemboleh ubah saya yang di MALARKAN.

29 May 2010

::SETAJAM MATA PENA::



Telah berdekad lamanya saya biarkan dinding maya ini melakar sesuka rasa..mengikut adunan hati yang berentak agak sedikit santai dan tiada motif jelas. konkrit dan kurang rasa pedasnya… sedari sudah terlalu lama membuai rasa…saya rasa ini masa yang sesuai mentranformasi dinding ini agar bersifat realistik, berbicara dan bernyawa.
B.E.R.T.A.N.Y.A
Satu paparan jelas yang berlegar di minda maya kala ini seakan menerbitkan satu konkusi impak dari kekalutan hentakan yang sedikit. A.P.A ? Hentakan budaya dan keperluan, antara persaingan dan bebanan yang diikat dalam simpulan P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N. Kahwin muda, adakah satu hukuman atau satu penyelesaian? Biarlah pena misteri ini merungkai titik locus yang merentang haluan kehidupan daripada terarah terus kehadapan. Rentangan yang bertanggungjawab membantutkan perjalanan seseorang sehingga terpaksa menjalani hukuman mandatori. PERKAHWINAN.
S.I.A.P.A
Sekali lagi jiwa terasa seakan disongsangkan kedudukannya, baru sebentar tadi dikhabarkan tentang seorang sahabat yang telah lama tidak bersua muka.. 8 tahun.. cukup sudah untuk melakar sebuah ceritera mahakarya cinta. Tergamam. Dikhabarkan sahabat itu kini bukan calang-calang orang, bakal engineer yang sedang melanjutkan pengajian di Terengganu-ALAM. Wah!! Tahniah kepada saudara HJ MOKHTAR! Anak bongsunya sudah melakar tinta emas di wajah mereka. Saya tersenyum. Sungguh berbangga.. 2 bulan menyulam cerita di SMK Beaufort sudah cukup membuatkan kami tersenyum menyunting cerita. Kemudian..jari jemari kemas memerah kepala..seakan ada sesuatu yang teringat. Tetapi berbalam-balam.
A.P.A.K.A.H
Oh ya… cerita anak muda remaja kala ini yang terlalu ampuh nilai siviknya. Terasa dunia berputar di luar paksinya, berputar kembali merentas masa silam di zaman mak ayah kita. Namun kala itu sukarnya menjaga anak wanita adalah satu bebanan. Pendidikan adalah nikmat kaum adam, dan bagi seorang wanita hanyalah sekadar satu klausa yang mengundang bencana. N.A.M.U.N itu zaman 70 dan 80’an.. bukan abad 21 ini. Tidak. Ini seakan menjadi satu sumpahan sang gergasi lembah. Kesongsangan terma bukan sekadar pada jalan ceritanya, tapi paling dasyat berlaku pada sang pelakunya. Sungguh. Kali ini si anak yang minta di kahwinkan oleh ibu bapanya. Perut memboyot mengundang cerita luka, perkahwinan umpama jubah yang menutup top lip lap-lip lap. Sungguh setajam mata pena ini melakar cerita, setajam mata itulah menghiris jiwa ibu bapa.
T.I.D.A.K.K.A.H
Cemburu melihat anak pak dollah bakal menjadi guru, adik cikgu chin bakal menjadi engineer, atau terpandang miss arinah yang mempunyai segulung ijazah perundangan itu?? Sungguh satu ironi yang menembok sekeping hati lusuh. Maaf jika cantingan batik maya ini umpama belati tumpul, namun tetap sakit tusukannya. Tidak berdarah tapi lebamnya membengkakkan hati yang membaca.

28 May 2010

::cAna nk guna bLog Awards ni??::


ni blog awards dr my sis..tp aq tataw cana nk applicate..aiiiyama...bagitaw dulu...aq pon maw jg be awards2 ni!!! kikikikik!!!!

25 May 2010

::bERcuTi di LabuAn::

::Memang sudah agak lama aq tidak melakar dinding maya ini..sejak menjejak tanah air borneo yang telah aq tinggalkan selama setengah tahun..apa yang aq perlukan??? yaaa...entry baru!!! tapi..otak kering tangan berat..APAKAH????!! hihi...
Kebetulan..minggu lepas aq n keluarga bercuti ke pulau labuan..sungguh seronok!!!aq x pernah bercuti bersama mereka!!! kami nelawat taman burung...war memorial...muzium marine..pantai...huhu apalagi...my febret actvty is...mensnap2!!! kui3...jom singgah ke gallery saya!!!::







08 May 2010

::haRi ke3::

::HuJan::
kat luar sana..tapi kuat lagi hujan kat dalam bilik aq...
ishnk.
hari ke3 aq seorang kat uma...
makan..tidu.mandi..2 jela rutin aq tiap hari.
tp lg dasat...sepanjang 3 ari ni lah.aq asyik makan megi ja..alahaaaaiiii
rasa malas nak jejak tanah....g cafe...
hahaha...hari ni aq plan nak kemas uma..
kemas bagasi..
kan esok nak g epot da...yihiiiiiiiii.....
*********

::hAri keDua aQ BeRKuRUNg d uMa::

::TiaDa aPa2 yg bArU::
Cuma tidur semalam sedikit terganggu dek risaw + takut = seorang
pIntu SEmuA Aq tindih ngan meja(kui3x)
pintu bilik aq sendiri aq hentam by kerusi bertingkat2
aq tak taw nk wat cana g..eheh...da namanya hidop seorang
kena la srvivekan???
aq sentiasa berharap malam berlalu dengan cepat...
n c ang cepat menjelma
aq tahan mata..tengok cerr itu ini..men game
but mata still terasa stim nak tumbang...
alahaaiiiii
sudahnya aq dapat bertahan sampai pukol 3 setengah ja...
baget mula2 sampai kol 5..tp uhhhhhhhhh..
ta boleh tahan ma......
huhu
esok pun aq akan melalui rutin yg sama...
lusa...
ooopsss!!!
lusa tidakkkkk.... i akan bangun awal ntok berc ap ke pekan masjid tanah..
fly ke kL
tido kat epot
lg haru kan???
semni byk benda la aq travel org kata
in dE OtHEr hand...alone
dasatla luu...
huuu...cpatla selasa..
mawu balikkkk.....

06 May 2010

::My kAzEnS dA baLik N i gEtTInG aLone::

::i'm gEtTiNg aLoNE::
Pagi tadi my kazenS kejut aq srekitar pukol 8.30..
mm dorang da nak gerak g Shah Alam..stay kat sana spy senang balik esok..
n aq??
pon bangonlah..g salam plok cyom dorang
pesan itu ini..
bab dorang tak pernah g travel macam yang aq slalu buat..
memang palotak aq ghisaw ngan dowang r...huhu
btw aq hantar dorang ngan macam2 doa r..semoga selamat sampai.
then aq??
mmm...
rasa kosong ja uma nih...aq sowang ja yang tinggal...
aq bekurung dalam bilik.. while menunggu detik2 aq pula yang blah dari bumi hang tuah ni
aq pon mula kemas2 pa2 yang patut..
tapi...
masih amat terasa keboringan uh...
cana ni???
readers...
help me 2 let out my lonely!!
aduhaaaaiiiii...
(-_-')

04 May 2010

::SaLaH MaSuK SeSi biLik kUrAnTiN!!!::


::hIbA + NgAntuK + BeNGaNg = teNsEn2x!!!::
::NaK DSi JaDIKAN cerr pagi ni aq xcted tuk amik test muet 4 speaking...::
::then kol 5.45 aq da suh my kazen kejut..then lebih kurang kol 7.00 2 aq da setting c ap2 kat bawah..::
::kol 7.10 aq pon bergerak ke fipp (fakulti inovasi perniagaan & perakaunan)..wah!!!! aq da f1 cnddte yg sampai....::
:: bole got awards gtuw!!!! then haru bila macam pa yang aq postkan pada entry lepas...aq::
::sorang ja..tunggal...seorang pun aq x kenal..adoimak aiiihhh....::
::then dalam kira2 kol 7.41 gtuw suma cnddte pon kena suh masuk bilik kuarantin...::
::aq tba2 doubt..asal cket ja calon ni? n asal kat slip dorang juz bdak2 f1 session ja?? then aq pon beranikan diri aq tanya pada xaminer uh...naaaa...... teramat la aku malu + rasa tertipu....::
::budak2 sesion 2 kuarantin kol 11!!!! okeh!!! lets imagine that dari pukol 7.00 aq tepacak kat lua dewan xam 2 cana????::
::naaa...::
::dengan muka tahap toya jin afrit aq menapak g library untok tido...::
::sampai kat library panas agy ati aq bila jam time 2 baru pukol brapa...n library buka kol 8.30..then????::
::aq buka specs, pasang mp3 n tido kat lua sampaila uncle library uh kejutkan aq..uhhuuhh...::
::horrible....(-_-')::

MuEt!!! + big ApplE donut + paramore


MaLamnI aq kena struggle... sok da muet speaking n harunya rasa bila x sorang pon budak2 Law yang 1 tarikh sama ngan aq...
aq sorang ja tersadai tanpa arah....uuuuuuaaaaarrrrrrgggggghhhhhhhh!!!
sekarang adalah masa aq menghitung hari...bukan nak abish muet tapi balik
SABAH!!!! yihaahhh!!!!
SERONOKNYA RASA TIDAK TERKATA!!
aduhai...xde mud snanya nak wat entry 2 sebab da merapu tahap
natrium bromat..
kui3x..(nak kna plempang ckgu fizikni)
k la readers..aq kena praktis speaking nih,,, amik feeling lah katakan..jam da merangkap pukol 10.09 pm.. daaaa!!!
muahx
Tadi lepas lepak ngan npon aq denga
bella's lullaby by edward cullen..aq selak2 my 'new moon' yang ntah da brapa kali aq baca sampai nek muak kelua muntah hijau..npon aq bunyi.ouch my member mesej suh denga lagu 'the only exception' by paramore.. aq pon usha r carik2 lagu uh kat tenet..dwnlod n trus trnsfer kat npon aq..
"...deep in my soul...that love never lasts..."
ullamak...minah karat tangkap jiwang la pulak...
sapa r mamat grunge yang nak sangkut uuhh..sile2x..kui3x
obvsly..this song make a sense.. quiet creepy bila my soul boleh tangkap lagu nih ngan cepat...
uaaarrrgghh!!!! i like this song!!!
pastu my kazen panggil aq stay kat lua..skali bila aq g.ullamak aih...
big apple punyer donut uhhhh!!!! perut aq automatik kempis(padahal da makan nasi goreng ayam uh) n aq lahap benda tuh sampai licin.
Related Posts with Thumbnails