Costumer Review



28 February 2011

doa bapa selamatkan aku.

paper tafsir dan ayat hukum. membunuh. dalil2 qur'an dan hadis adalah fakta. maka ulasan adalah huraiannya. lecturer siap berpesan xam kali ni berdasarkan logik akal. aku angkat kening, angkat kaki, angkat tangan, angkat segala2 angkat sampai aku lupakan proses belajar ialah baca-faham-hafal-ulang. aku alpa. aku anggap semuanya berjalan dengan lancar sampai aku lupa minta pada tuhan minta dipermudahkan urusan macam yang selalu dibuat dalam setiap xam. semua aku anggap senang sampailah aku terpaksa menangis di dewan xam. tangan aku tak dapat bergerak mencanting jawapan. Fikiran aku kosong. kertas tidak dibawa dan agaknya aku terpikir nak jawab xam atas kain baju. satu kata kunci. ALPA.


15 minit yang berlalu aku tanpa kata. kosong yang membawa erti. satu demi satu kelupaan yang aku lupa itu berlayar di ruang mata. 
'doa itu senjata bagi insan mukmin'

peperangan kali ni aku tak bawa senjata. senjata tinggal bawah katil. bawah bantal dan entah bawah apa-apa lagi. ALPA.

aku tak tahu nak buat apa. air mata aku takkan terlakar menjadi jawapan.aku pasti. 
Maka baru sedar. kalau kita tak minta DIA takkan bagi. ya takkan bagi. aku tak minta pun dipermudahkan urusan maka sebab itu kertas pun aku boleh lupa, aku tak minta dikuatkan ingatan, maka sebab itu segala jawapan aku lupa. ya Allah.. aku malu. 

kalau orang, minta last minit mesti kita da siap nak kena penampar sulung. tak pun kena dengar kata2 aluan yang panjang berjela sampai merah telinga. tapi DIA....
DIA tetap bagi tanpa perlu apa-apa bayaran. ya Rabb. terima kasih ya Rabb.

Maka selepas itu aku meseg abah ;
'pa, aku minta ampun segala dosa, minta dipermudahkan menjawab peperiksaan.aku sedang ujian ni tapi aku inda terjawab.lupa aku segala jawapan.'

aku harap tak terlewat. aku harap abah dapat meseg aku. aku harap abah doakan aku. oh abah. dah lama aku tak kol abah tanya khabar, oh abah. ampun abah. tidak terniat jadi anak derhaka. abah. aku benar2 perlukan doa abah. abah, bantulah aku bukakan hijab yang menghalang minda ini. abah.

'di ampunkan baca bismillahitawakkaltu alallahi lahaula wala quwwatailabillahi aliulazim'

aku sikit teresak baca reply abah. abah tetap minta aku tawakkal pada Allah walaupun aku meseg minta ampun kat dia. Abah. terima kasih abah. aku baca ayat tu sambil berniat. Alhamdulillah. doa abah keluarkan aku dari sisi hitam. dari sisi kosong yang buat aku kaku.

'Dalam perjalanan mencari erti hidup, aku tersangkut di pangkalnya'


inda- tidak
p/s: 'aku' bagi rakyat sabah adalah panggilan common yang bukan berniat kasar.

6 comments:

chinta i-sha said...

tumpang lalu sambil baca entri syahdu..

well done. gud luck oke.

azwa_amani said...

sedihnya baca entry ni..... :) dia adalah segalnay...tidk ada ayah tak sygkan anak

::FAIZ FARISH:: said...

touching

RuSh D said...

semoga dimudahkn segalam masalah..

peGuaM_BiSaYa said...

chinta i sha: memang syahdu.. ingat dosa skrg ni..huuu

peGuaM_BiSaYa said...

amani:ayah mmg slalu sygkan anak.. tp kdg2 anak yg terlupa utk sygkan ayah...

Related Posts with Thumbnails