Costumer Review



15 December 2011

Paper kau rumi.. aku jawi!!

p/s: ini adalah entry berkulat yang aku taip dengan sepenuh hati semasa aku belum start masuk U, maka baca dalam mode 'PEKERJA(cikgu skolah rendah ok?)huuuu...


Bila buat kerja macam saimen, kompom hancurr..apa kau ingat boss kau tu macam lecturer?? Lambat sikit setakat prob antara kau dan dia..paling cikai markah kena potong sekerat dua. Apalah sangat. Tapi bila kau anggap boss kau macam TNC.. haaa tu boleh pakai..sebab tu macam ada kaitan sikit. Kau buat hal dan tu dah libatkan kau, dia dan university. Silap haribulan kau takkan grad. Kirim salam dan jaga-jaga kalahkan andartu terlampau. Tak laku.
Aku siapkan paper final student aku dekat berminggu.. apadaaa… setakat 4 paper. Ciss terasa macam dah jadi siput cacat. Jilake. Bila aku pergi potostat kat kedai..dahla 1 kena queue.. bertembung pula dengan kaum guru. Alahai..kalau setakat cikgu bm ka..pjk ka cikgu muzik tak apa. Kalau dibuatnya cikgu fizik or cikgu bio? Hampeh dah bertaun tak mengadap kompom tera giga mega aku dah jadi sardin cap ayam. Isi ikan kuah ayam. Ishnk.
Cikgu xyz: potostat paper final ke cikgu?(ehem2 dah memandai aku ni cikgu la pulak ( -_-)
aku: ha ah,adalah sikit (aku berusaha menterminatekan conversation.)
Cikgu xyz: samalah... saya ni kerja last minit..tapi yang penting siap juga..bukan susah sangat pun….bla3x… (aku mula kuatkan mp3 kat telinga. Bloody rude. Kanak2 jangan ikut)
Aku: oo.. hahaha….iya2.. (padahal aku tengah menghapal lirik eternal flame.)
Kau buat paper final dalam b.melayu..aku jawi..tu yang tak sama!!



26 November 2011

perlembagaan dunia vs perlembagaan di langit!

Maka berdendanglah! Tiada siapa akan menahan rentak irama yang kau cipta. Sekalipun sumbang namun yang mengerti tetap engkau. Memang benar jalan di hadapan tidak lurus namun kau tahu bengkok tidak bermakna salah.  Tapi bengkok itu yang mengajar engkau erti payah, erti susah, dan erti seketul daging yang perlu digerakkan kudratnya, bukan bertaklid sesedap rasa. Sedetik pujian melambung rasa sesungguhnya kau tahu itu racun mendamba harga sebuah ketakburan nyata. Maka bersuaralah! Sekalipun kau tahu setiap nyawa di sekeliling memekakkan telinga, menutup pintu hati.. mati. Namun harus kau pegang lafaz perlu benar dan berfakta. Jika manusia mengagungkan perlembagaan dunia, maka engkaulah ketua turus mengangkat perlembagaan PENCIPTA.  Seketika undang2 dunia boleh dipinda, jangan pernah dicabar perundangan agung  di atas sana!

12.50am, pgmbisaya, Bangi.

07 November 2011

bapa beli tv sampai kena dok spital.

Oh bapa. Kot ya pun nak beli tv … belilah terus LCD plasma ke segala bagai..hahahaha ni yang bapa pakej beli tv jenama tuberculosis tu apa ceghita…kekekekekekeke

Begitulah kisahnya bapaku J
Batuknya berminggu buat mama risau. 3x aku bawak ke hospital kerajaan. Tak jalan juga.. ntah berapa kali ke klinik swasta a.k.a permai (femesla kunun kt belah2 kampung aku)…paling2 berpuluh ringgit abis beli ubat. Batuk still mantop.

Lalu 14 hb lepas sekali lagi aku bawa bapa ke hospital. Kesian tengok dia tahan. Sakit dada katanya.
Dan Alhamdulillah..tuan doctor kata nak tahan dia…sebab kurang air dan kandungan gula agak tinggi. Ntah aku buat bla bla bla dengan apa dia cakap. Hooo… sorry…out of my field…J

3 hari bapa di tahan di wad biasa… hari khamis lepas tu baru dia dimasukkan ke bilik kuarantin.. punya susah  melawat dia..kena pakai mask..alahai…..memang aku alah pakai mask segala bagai ni… coz wat? Aku bersin seyh!!!! Hahahaha… 

 Oh no..kantoi lentok atas katil…kekekekeke
Btw bapa memang dah kurus…. Cepat sangat badan dia susut.. ishnk… leleh syia’…..tapi tak apa…  cerita aku next entry lagi leleh… hhuhuhuhuh… TERIMA KASIH SUDI BACA  J 

 Yess… inchek nawar..harapan anda pencen 60 sila abaikan..hihihi

 Ishnk.. cian bapa… kiri kanan lengan kena cucuk…
Ni kakak scnd aku…free lagi ni…sapa nak?? hihihi


 Semoga doa sahabat blogger dapat membantu bapa saya sembuh…aminnn…….

 Cik shiqa kata “kak long…cepat2 amek gambar aku sama bapa “

Dan ini saya!! C kecik tukang amek gambar!! Hihihi…daaaa!

30 October 2011

pengumuman..hahahaha

blog semak macam kena ceroboh garuda cap ayam. maaf, blog ini dalam sesi pengubahsuaian! siapa yg baik hati boleh tolong susun gejet..hihihi.. mata penat! tolong! esok saya ada registration! uargh!..mata, pejamlah.

26 September 2011

PENJAWAT AWAM VS STUDENT...kui3x!!!


Medical checkup

Aku: MC dah selesai, dalam rm125 jugalah yang keluar. Adeh..dah la masih student. Masalah betul.
Ustazah A: memang mahal, pelik pun ada. Dunia penuh catur yang tak pernah kenal hitam putih tapaknya. Sentiasa berikan jawapan yang songsang.
I just frowned. Songsang?
Apa maksudnya?
Ustazah A: kalau orang bekerja khususnya penjawat awam, rilek ja tak payah bayar, tu orang yang jelas2 dah bekerja tu, ada duit.. tapi budak2 buat medical chekup nak sambung belajar.. kena bayar full payment. Tu kompom belum urus pinjaman lagi tu.
I snickered. Hihihi ooo itu maksudnya, betul2x. aku sokong dalam hati.
Aku: ntahla kak, mungkin dorang potong gaji kot.
Dalam hati aku rasa nak keluarkan macam-macam, nak cakap tu nak cakap ni. Apa takut, ISA dah mansuh, 2 akta tak declare lagi. Kekekeke tapi rilek2 abah aku lagi 2 tahun pencen. hihihihihihhihihi.

22 August 2011

uih.... aku pijak bumi semenanjung lagi oii....

pergi pekan baru dapat online. jeng jeng.. biasalah.. jajahan macedonia memang begitu. kecanggihan melingkari cakerawala. ironis.

percayalah.. selamat aku tak pernah bersumpah takkan pijak bumi tanah melayu lagi. kalau tidak nescaya tanah kelahiranku jadi padang jarak padang tekukur. huh. dongengan. mungkin sekadar puyuh tergelincir, mengelamun.


begini ceritanya. 31 oktober ini aku akan berenang merentasi laut cina selatan. sudah tentu ke tanah besar itu. thank you Allah. enggan di percaya, sila lihat pada apa yg tertera.


SYARIAH???

GuLpp?:(*&^%"?#$



25 July 2011

pop, mom ampunkan dosa hari ini!!!

catatan ini bertujuan mengurangkan rasa takut, gementar, resah, gelisah!!! lagi beberapa jam mesti kena hambur ngn my pop! oh my bad. sorry pop.. tak tersangka begini jadi nya.
along ingtkan di agerak pukul 9.00 tak sangka sampai pukul 2 kamu masih terperocok di sisi klia. ampun mom! pop! tak sanggup bertemu anda semua.

 dup dap dup dap. ketakutan tahap @$#%&(!!!!
ampun pop, mom. sehinggakan diri ini tidak mampu meneruskan entry ini. jangan dirotan saya!!!

23 June 2011

TElOR DIBASUH. Aku tetap jengok blog kau.

assalamualaikum orang2 kampung2!! orang2 semenanjung, sabah sarawak dan di mana2 anda berada..apa khabo baiii? ada sihat? uncle gedek? sihat ke uncle? bro kun? apa isu baru? sis dayah? n blogger2 lain? ceyh panjang bebeno intro hamba.

first skali nak bacakan ALFATIHAH kepada arwah telor yang telah kembali ke rahmatullah beberapa minggu/bulan lepas....

terus terang memang aku frust.. terkejut arwah tiba2 telah tiada bukan sahaja dalam dunia blog bahkan dalam dunia realiti, fana, nyata dan segala bagai.

blog arwah adalah dalam bloglist aku..maknanya memang blog arwah tersenarai dalam blog paling feberet aku. blog beliau yang amat ceria + lucu + pelik memang tak sah kalau aku sign in blog tak hendap blog arwah.

 ni bukan arwah. apatahlagi awek arwah. ni aku, kawan arwah.

apa2 pun semoga arwah aman bahagia di sana. dan semoga selagi mana maklumat yang pernah arwah kongsikan semasa jadi admin blog TELORDIBASUH selagi itu pahala arwah sentiasa mengalir. AMIN.



 ui.. aq tgh tunggu train ke kota kinabalu ni.. pukul 11 n sekarang baru pukul 8 lebih..aduishhhhhhh!!!





09 May 2011

selamat tinggal tanah melayu. oversea maliii.

apa kau tau pasal oversea?



ireland? czech? or london saja? ahh. pendek akal. sabah bukankah oversea juga? sarawak. even langkawi sekalipun.hahaha. putus fius.

maka lusa aku akan bertolak ke 'oversea'. selamat tinggal tanah melayu. semoga takkan melayu hilang di dunia. ops silap. aku bukan melayu. kau nak hilang tanggung sendiri.

dah tiga tahun aku merantau. hari raya pun di luar dimensi. jauh dari orbit kebiasaan aku. tradisi aku. dah puas aku makan sambal, asam pedas, lemak cili api orang semenanjung. maka aku rindu dengan soto, ambuyat dan tekuyung n kelakau masakan mak aku. prggh..aku terliur syiak.

maka ini waktunya sirih pulang ke gagang. mama, aku sudah pulang. bapa, hati2 sila sorokkan kereta anda. anak kecilmu datang meributkan suasana. [kecilkah??]

selamat tinggal tanah melayu, selamat tinggal tenuk, kacang, cedot, kasmah dan lain2 watak yang menghangatkan tiga tahun ini. jangan risau identiti sebenar anda semua selamat.



selamat tinggal juga uncle gedek, bro kun, sis dayah n lain2 blogger yang sudi bertandang. anda semua memang cool. blog ini akan bersawang perhaps dalam beberapa purnama. almaklumlah d 'oversea' sana dah guna teknologi lain. dimensi tron legacy takkan pernah menjangkau pusat magnet tanah melayu. terlalu canggih.

teristimewa buat che' nin yang jauh p kedah sana : hang kalau kawen haluu2 cheq naa.. awas hang. cheq dok piat2  telinga karang. n saya terima pesanan anda. MESSAGE DELIVERED dun worry darLa.


maka terimalah MUMUUAHHH3XXXXX dari aku. buat bekalan beberapa bulan bermula esok. jaga diri. hiasi blog anda. jangan biar bersawang takut berhantu. eh, korang dah tengok cerita senjakala tak?

ni watak utamanya bergandingan bersama zahiril. titik. sila jangan percaya. dusta semata.

28 April 2011

kau belacankan aku hidup2.

eh, saya bukan cik Minah yg 'kepoh'2 tu.. bukan juga 'peguambisaya' yg olok2 tu. saya adalah aku yang gemar bermain citarasa bahasa yang samar. santai. sebab setiap kata2 itu lahir dari wayar akal, bukan dari urat hati.
oh. sila jangan provok aku. diam tandanya aku berfikir. bukan menilai. sekadar menimbang kau jenis manusia apa. belacan sungguh sekotak hati anda. dari jauh terhidu aromanya. tengik. hangit.

"JIKA KALI YANG PERTAMA ITU KEBETULAN, KALI KEDUA KEMUDIANNYA? SURATAN?"-hlovate.

Miang sungguh mulut anda. aku sudah bilang diam. maka jangan diungkit nista lama. biar dia dengan dosanya maka kita biar terkejar semput mencari pahala. tapi kau tak pernah berhenti. sayang, jangan sampai aku buat sambal lidah masak cili api. berapi. maka kau harus diam. kalau tidak sepantas flash akan aku nyalakan dapur gas.ngerti?? 

nah! aku buat spesel  sebagai bona appetite engkau.habiskan!

24 April 2011

BISAYA tu apa? ce citer ce citer. @uncle gedek.

ok, short update. tengok bebaek uncle gedek komen apa.
 wahai uncle a.k.a hantu pak gedek balik rumah. juz kidding. >-<

BISAYA: Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam.
ni tarian bisaya..tarian 'tomoto' kalau tak silap. 

ok uncle, saya siap tolong googlekan utk uncle..huhu btw bisaya adalah bangsa saya. dimana orang berbangsa bisaya asalnya adalh islam dan sehingga sekarang majoriti rakyatnya adalah islam. 

dan ini sebagai penambah rasa penyedap jiwa:

Bangsa Bisaya kalau diteliti daripada segi kegiatan agama agak menonjol kerana pada era 70an, 80, dan 90an, kebanyakan imam-imam yang ditauliahkan sebagai imam masjid adalah berbangsa Bisaya, Hal ini diakui oleh seorang pesara guru besar yang berasal dari labuan dan telah berkhidmat hampir semua tempat didalam negeri sabah sebagai guru mengesahkan bahawa, hampir setiap masjid yang beliau kunjungi pasti ada seorang imam Bisaya dan berasal dari sebelah Beaufort (Klias, Kuala Penyu, Membakut, Sipitang). Oleh itu amatlah disegani kerana berkembangnya Islam mungkin juga hasil usaha mereka dalam menyebarkan ajarannya.



k ni makanan utama kitorang iaitu ambuyat atau lebih femes sebagai sagu. nyuuum
(ni kalau kat rumah memang mewah camni c ap ada lauk pauk gulai mulai lagi)

but kalau kat hostel cenggini je la.. cicah ngan kuah megi or sardin..ishhnnkk :[ 

short la sangat. terima kasih sudi berkongsi cerita :]

20 April 2011

perlu ke... nak 'FUCK KAN SABAH?'



satu cara yg membuatkan kita down respect kat orang ialah apabila kelakuan mereka sama dengan tanggapan pertama kita terhadap mereka.
         
  " ko tahu  dia tu kuat mengumpat, pastu siap kutuk2 orang lagi.. kadang2 dia carut macam2 "

Dan secara kebetulan ko terdengar la pulak apa yang dia cakap pasal kau n kau marah gila pig kat dia sampai kau kutuk dia depan2 plus kau mencarut macam kena sawan. SAH. dia anggap betul apa yang dia dengar.
Macam apa yg aku jumpa masa blogshopping tadi[betulla,aku blogging sambil shopping ngn idea blogger lain n jual semula kat korang mcm sekarang.] aku sedar ada kehadiran group kat FACEBOOK yg diberikan nama 'FUCK SABAH'  [aku log in guna akaun bapa aku coz aku tiada fcbook dah :)] oh shit, aura assabiyah aku keluar sebentar tadi. 

tapi kejap ja, pastu aku cool semula, baca2 komen budak2 sabah macam aku yang 'mempertahankan' sabah terchentaku dengan gahnya. tapi kau silap bro, cara kau buat orang lain terfikir yang sabah tu benar2 wajar di FUCKkan. y aku cakap cenggitu?? kamon men, aku bukan murtad sabahan or lupa lautan juz because aq duduk semenanjung sekarang, but kena ada caranya geng. n u should buy it. kita kena cool. jangan balas balik. kau nak tau y aku kata jangan balas balik?

          "BECAUSE HANYA ORANG BODOH YANG MENGATA ORANG LAIN BODOH"
                                      note:ayat aku pinjam kazen aku. peace.
                                                        
So? yang kau buat lagi panas kenapa bro?? "ORANG GILA TAK MENGAKU DIA GILA" maka jangan biar orang anggap kau gila. kita nak pertahankan negeri kita kena cool.
 contohnya kalau dia kata:
             "orang sabah kurang ajar" vs "oh? ala minta maaf banyak2, tidak sedar pula, boleh kau tolong ajar macamana mau tambah ajar? terima kasih tau".

"orang sabah bodoh, tiada ilmu! tinggal atas pokok, atas air!" vs "tu la bah.. balik2 sudah kami mohon peruntukkan n pembangunan daripada pemimpin di seberang sana, tapi tidak sampai2. Mau minta sambung biasiswa belajar jauh2 pun kuota terhad. pelik. paling rare, kami kena cakap macam2 kalau bercakap dengan dorang sebab tidak paham apa yang kami cakap, padahal kami cakap bahasa baku, tanpa ada 'eee.. dak adik... rilek dowh... hewww' yang nyatanya tiada dalam kamus dewan bahasa.. macamana tu aaa?"


oh boy. belagak cool babe walaupun ayat dorang tu tahap orang2 gila meroyan, k? sebab bila kita jadi air.. n diorang api..lama2 sejuk juga.. n akhirnya terpadam terus. kan?? kalau kita lagi kutuk n mencarut segala bagai. lagi dorang suka SEBAB APA??
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
SEBAB SEBENARNYA DORANG HANYALAH SAJA2 NAK XPOSE KAN KITA. DORANG NAK TUNJUKKAN PADA PUBLIC YANG KITA NI BETUL MACAM YANG DORANG CAKAP.

So? moral value? dorang berkasar kita berlembut. kita tunjukkan profesional kita macamana. kalau dorang xnak sambut gagasan 1 malaysia yang korang debat2kan di page tu..fine..biar kita yang di ulu2 ni yang bergerak dulu. 1 kata kunci. 'cool' ok?

note: SABAHAN BLOGGER YG AGK2 ADA JOIN THAT GROUP. LEAVE IT NOW, tinggalkan kosong tanpa apa2 post. that means kalau kosong maka tiadalah kata2 makian lagikan? kan? kan? betoi3x! [kata upin ipin]

19 April 2011

seyes.. wa rasa macam bangkai.


bab* betul bab* nih!

bak istilah bro kun: gua rasa gua mau panas gua panas!!!!

hahahah..selamat berkenalan dengan bab*- bab* area melaka yang sunggoh chumel ini ye tuan-tuan puan-puan.
di subuh yang hening tatkala aku mula melakar aeq lioq di atas nota2 sambil menopang dagu, aroma semerbak menerpa hidung mengembangkan liang2 roma sehingga menggeletar setiap sendi. aaahh!! nyaman sehingga hendak keluar muntah hijau. oh shit.

apa nak buat? dah ditakdirkan kolej kediaman aku mejadi lokasi 'ter'hampir dengan rumah piggy pintal itu, ya, kesabaran diperlukan di sini.

bangun pukul 3 pagi tadi aku terfikir, kot2 ah-chai cina tgh mandikan piggy2 dia.. oh damn.. lu guna shower brand ape chai??

17 April 2011

kafarah...??

selasa ni xam criminal procedure. oh no. saya sungguh banyak kerja sekarang. sila faham.
paling rasa nak damn. lecturer terchenta sempat lagi bagi task b4 final. haruskah??

entri sedih memerlukan gambar yg bersifat ceria..kekekeek
bagai rasa tak kuasa nak buat penghujahan kes dikala ini. benar... dari siang tadi saya hanya dapat buat satu perenggan penghujahan. ampun. anda terkeluar dari senarai peguam. 
aku memang ada prob kalau buat kes syarie, kena rujuk kitab fiqh dan al-quran. bukan senang-senang macam kes sivil, semua ikut akta dan seksyen. oh ya dan satu, perlembagaan.

kafarah. semasa setengah semester aku dan orang rumah aku membazir elektrik, malam lampu dibiar tanpa di tutup dan earth hour rasanya tak pernah masuk dalam schedule agenda rumah chomel ini. oh sungguh derhaka pada nusa dan dunia. 



maka natijahnya, atau lebih berkesan agar timbul keinsafan dalam jiwa, sepanjang xam ini kami hanya bergantung pada seketul lampu di ruang tamu. ampun, 2 ketul lampu telah rosak dan tambah mematikan niat untuk menatap wajah ayu buku dan menghidupkan nafsu tidur. uarrghh!!.. kafarah!

16 April 2011

oohh.. presentation saya macam..... ??



zzzzzzzzzzz...  ahh. pening. inilah foto2 kejadian hari presentation report aku.. haha.. my team semua rasa macam ada rongga yg longgar. berapa kali keluar masuk toilet.huh. tak apa.. aku buat rilek jerr..[padahal...]



























for the last  : hahaha!! penderitaan sudah berakhir! :)
Related Posts with Thumbnails