Costumer Review



26 November 2011

perlembagaan dunia vs perlembagaan di langit!

Maka berdendanglah! Tiada siapa akan menahan rentak irama yang kau cipta. Sekalipun sumbang namun yang mengerti tetap engkau. Memang benar jalan di hadapan tidak lurus namun kau tahu bengkok tidak bermakna salah.  Tapi bengkok itu yang mengajar engkau erti payah, erti susah, dan erti seketul daging yang perlu digerakkan kudratnya, bukan bertaklid sesedap rasa. Sedetik pujian melambung rasa sesungguhnya kau tahu itu racun mendamba harga sebuah ketakburan nyata. Maka bersuaralah! Sekalipun kau tahu setiap nyawa di sekeliling memekakkan telinga, menutup pintu hati.. mati. Namun harus kau pegang lafaz perlu benar dan berfakta. Jika manusia mengagungkan perlembagaan dunia, maka engkaulah ketua turus mengangkat perlembagaan PENCIPTA.  Seketika undang2 dunia boleh dipinda, jangan pernah dicabar perundangan agung  di atas sana!

12.50am, pgmbisaya, Bangi.

3 comments:

gedek! said...

jangan cabar yang atas sana, okeh...?

Hai, kamu! Ada di bangi sekarang?

peGuaM_BiSaYa said...

uncle: ya uncle! smbung blaja lg nmpknya :)

aleen aiden said...

deep! :)

Related Posts with Thumbnails