Costumer Review



03 August 2017

ENTRI PERTAMA TAHUN 2017



ASSALAMUALAIKUM W.B.T.


Alhamdulillah,  setelah 27 tahun dipinjamkan jasad untuk bernafas dimuka bumi Allah yang penuh dengan nikmat, penulis kembali mencuba untuk aktif kembali dalam dunia penulisan blog. Inshaa Allah kali ini lebih bersifat matang, keilmuan dan berunsurkan motivasi yang mungkin akan dapat membantu segelintir pembaca blog ini.

Suka untuk diingatkan, segala penulisan sebelum daripada tarikh ini merupakan entri-entri seorang remaja yang baru mengenal dunia teknologi. Entri seorang anak muda yang datangnya dari kampung yang cetek pelbagai ilmu tuhan. Oleh itu, segala cara penulisan semestinya bercorak 'kebudak-budakkan' penuh dengan gaya bahasa yang sukar untuk difahami dan gaya tulisan yang tiada peraturan. Penulis pasti, gaya penulisan seperti ini pada hari ini dikenali sebagai gaya tulisan 'budak-budak wechat'. Untuk itu, penulis berbesar hati sekiranya para pembaca dapat mengabaikan entri-entri berkenaan atau boleh membaca jika berminat sekadar untuk 'suka-suka' dan sebagai bahan bacaan santai. 

Penulis telah berusaha untuk memadam entri-entri yang agak tidak sesuai dijadikan bahan bacaan atau mengandungi unsur-unsur kecaman terhadap beberapa pihak tertentu, namun jika terdapat sebarang keciciran, ianya amatlah dikesali. Hal ini berikutan bilangan entri yang terlalu banyak bermula pada sekitar tahun 2009.

Akhir kalam, semoga blog ini mampu membawa sedikit perubahan dalam hidup individu yang memerlukan. Jika diizinkan, penulis akan memulakan entri pertama pada hujung minggu ini. Semoga dipermudahkan. wassalam.

SHAMINAH NAWAR
3hb Ogos 2017 | Khamis |10 zulkaedah 1438H

No comments:

Related Posts with Thumbnails