.
(Travelog pertandingan mooting Syariah Kebangsaan 2014)
Kehadapan Ayahanda beta.
Kehadapan Ayahanda beta.
Ampunkan anakanda tiada masanya ayahanda bergelut dengan raga.
Ketikanya ayahanda mengharap anakanda pulang.
Anakanda pula sedang berjuang di medan bicara.
Di medan yang kerapkalinya ayahanda ceritakan.
Ayahanda mau anakanda menjadi isi di dalamnya.
Berhujah berdiri, membawa legasi kita.
Dulu masa anakanda suarakan.
Aku ingin menjadi peguam.
Ayahanda tidak pernah ketawakan-kau angannya tinggi menggapai awan.
Ayahanda masukkan anakanda di universiti swasta.
Anakanda faham.
Maksud ayahanda- pergilah, walau susah, kau mau kau mesti mampu.
Walau realitinya ayahanda cuma diam.
Ayahanda beta.
Pedihnya hati bila kemenangan anakanda itu harganya sebuah kehilangan.
Ayahanda.
Anakanda pulang sehari sebelum ayahanda menghembus nafas akhir, niatnya untuk memberikan sijil kemenangan anakanda. Anakanda mau bercerita kisah anakanda membuat fail kes,turun naik ke mahkamah, dengan nama yang berbinkan ayahanda.
Ayahanda beta nawar bin hj sulaiman.
Peguam beta. Hakim beta. Mahkamah beta.
Dan bila anakanda pulang.
ayahanda baring tak bergerak.
Lemah sendi anakanda, ayahanda.
Tapi bila memandang bunda. Anakanda bangun semula menapak tapak yang hilang kekarnya.
Saat anakanda suapkan air ke mulut ayahanda.
Anakanda terasa berdosa.
Tapak juangku sebenarnya bersamamu ayahanda.
Aku seharusnya dibelakangmu menyandarmu semasanya bunda meraup wajahmu dengan tuala, agar ayahanda terus bersedar, dan mendengar cerita yang belum bermula.
Allahu.
Air mata ini mengalir laju.
Ayahandaku.
Damailah di sana.
Halalkan suap makanku, makan pakaiku.
Anakanda tahu semangat ayahanda melingkari nadi-nadi kami semua.
Anakanda akan teruskan perjuangan.
Agar lulus, balik kampung dan dekat untuk menjaga isterimu.
Bundaku.
Takkan anakanda mengulang peristiwa semula.
Anakanda tau ianya bukan kesilapan.
Kerana perjuangan medan bicara itu mahumu.
Impianmu.
*aku dedikasikan bait ini untuk semua yang bergelar ayah, dan anak-anak. Yang kudratnya dikerah buat anak. Dan bagi anak yang berjuang untuk setiap ayahanda yang mahu anaknya cemerlang.
Infiru!
Jaga ayahmu, keluargamu.
Belajarlah selagi mampu.
Ayahanda kita takkan mengalah memperjuang ilmu untuk kita, sedangkan mereka hanya yang ada-ada.
Maka siapa kita untuk mensia setiap peluh mereka?
ALfatihah.
No comments:
Post a Comment