Costumer Review



Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

22 January 2011

ya ALLAH..lindungi keluarga KULUPSAKAH + A&A

AN-NISA & AN-NUR

First  jumpa blog  bro  kulup, via mr brutal punya blog  masa aq blogwalking, sejak tu aq mula merisik2  blog  bro kulup, bukan sebab  bahang  tulisannya.. bukan juga  sebab kartun2 nya..  tapi sebab..srikandi2 cintanya..NISA dan NUR
Pagi ni.. baru  aq sempat tahu dia ada mention blog  wifenya, kak sham.. dengan pantas  aq klik untuk tahu apa sebenarnya cerita  nisa dan nur..  sepantas dinding blog  terbuka, air mata  aq nakal bermain di tubir mata. entah kenapa aq tersentuh.padahal mereka bukan siapa2 pada aq.
mempunyai  dua anak oku bukanlah  calang2 orang yang mampu memikulnya.insan2 terpilih sahaja yang mampu hidup sambil  tersenyum :)

jenis kecacatan NISA&NUR- CEREBRAL PALSY (Lumpuh Otak) with MITOCHONDRIAL DISEASE

LIHAT!! kita bersyukur  di  berikan kekuatan tangan untuk menaip pada dinding blog ini
'LINDUNGI  SAUDARA-SAUDARA KECILKU YA RAABB'



P/S:klu bro kulup  or  kak Sham terbaca entry ni
~~~maafkan sy  coretkan sesuatu tentang permata hati anda di sini~~

06 September 2010

Alamak????!!!!bakul saya masih kosong lagi.....


Bagaimana?
bakul saya masih kosong lagi...masa dah tyme...mesti 'TUAN besar' saya murka..bagaimanakah ini...
bantu saya....
DIA bagi saya bonus masa sebulan untuk isi bakul saya..kataNYA kalau bulan ini berusaha mengisi bakul tersebut...akan cepat penuh...sebab isinya akan jadi berlipat kali ganda..x macam bulan2 biasa..yang mana setakat apa yang kita tanam..itulah yang akan kita tuai...
DIA dah perintahkan saya supaya rajin menanam di sepanjang hidup saya..berusaha menanam sebanyak yang mungkin untuk bekal perjalanan saya yang panjang suatu hari nanti.
DIA juga berpesan, rajin dapat banyak...malas dapat sikit..tapi saya buat endah tak endah..aahhh...sepanjang mana perjalanan tu..mungkin tak sepanjang perjalanan saya kat dunia ni..lik2 la dulu...masih awal ni...umur baru 2o...'fresh' orang kata yuhuuuuuu...
bila tiba masanya bulan bonus ni..saya teringat juga pesanan tersebut..then saya tanam lebih daripada bulan2 biasa..saya tanam buah al-quran...sayur qiamullail..dan beberapa biji ubi zikir...tapi x selalu..kadang2..bila ada mood..bila x busy.. tapi saya hairan..kenapa bakul saya masih terasa ringan???
saya rasa amat takut...saya dah berusaha..tapi still tak berat2..apa saya nak jawab di hadapan DIA nanti??
dah bagi bulan bonus..tapi xreti nak gunakannya..PENTINGKAH ISTIQAMAH tu??
waaa....saya bertanya pada hati...ikhlas kah saya semasa membuat amal ibadah tersebut??
hati kata ikhlas...
kemudian saya tanya pada jasad...terpaksa kah semasa melakukan amalan2 itu?
jasad kata tidak...
kemudian saya tanya pada nafsu...
awak tak nakal kan bulan ni?
nafsu ketawa meleret2..dia kata 'mungkin hati awak ikhlas..jasad awak redha..tapi selepas melakukan semua amal ibadah itu..awak cemari dengan umpatan...kata2 kosong dan penuh dengan keduniaan..kemudian awak ikut suruhan saya..saya kata malas...awak malas..saya suruh tidur..awak follow ja...masa sembahyang awak beriya2 kata nak lawan saya..tp bila saya jentik sedikit...awak tunduk melakukan apa yang saya bisikkan..'

saya tepuk dahi...
benar setiap apa yang nafsu kata..saya cakap tak serupa bikin..semasa solat saya menangis...tap bila cuba untuk menunaikannya saya jadi kalah pada nafsu yang kononnya saya hendak didik dengan sebaiknya...
macamana ni...masa kian suntuk... tinggal 2-3 hari lagi raya....bulan bonus dah nak pergi meninggalkan kita..tapi bakul kita masih kosong...andai ini ramadhan terakhir kita....
andai ini bakul terakhir kita...
bakul ini masih kosong lagi...


~ori dari simpulan urat otak pena bisaya~ 




03 September 2010

apa yang saya tahu.....



Salam ramadhan ke 24 para sahabat di luar sana..
dah puasa ke24 upanya...tp tiada satu pun entry pena bisaya yang bertemakan ramadhan..alahaiii..
malamni...pena bisaya nak kongsikan beberapa perkara yang para  pensyarah telah tarbiyahkan sepanjang ramadhan ni..huhuhu,,DAH SEDIA????

LEC EVIDENCE LAW: Ustaz Fabli Bin Yussof (Peguambela/peguamcara Melaka)

1:JANGAN duduk bersilang kaki..kerana SYAITAN itu khunsa..mempunyai 2 jantina..di mana dalam beberapa pendapat ulama sebelah paha kirinya mempunyai alat kelamin lelaki dan sebelah kanannya perempuan...maka apabila di silangkan kaki alat kelamin itu bertemu dan akan lahirlah anak2 syaitan...
2:Apabila kita kurang khusuk dalam solat..maka berusahalah untuk mematikan ingatan terhadap perkara lain dengan mengingati makna surah yang kita baca tersebut. Apabila fikiran kita mula beralih kepada perkara lain cepat2 kembali kepada ayat2 yang kita baca itu. KITA BUKAN SAHAJA DAPAT PAHALA SOLAT BAHKAN MENDAPAT PAHALA JIHAD KERANA BERUSAHA MEMPERJUANGKAN KEKHUSYUKKAN KITA.
3:JANGAN patah2kan jari, kerana itu adalah perbuatan SYAITAN,
4:apabila membeki barangan seperti kereta, rumah ataupun apa jua barang2 yang lain yang melalui perkhidmatan BANK, yang ,mana kita ketahui mengenakan interest(faedah) transaksi itu hndaklah diniatkan "baki bagi harga barang yang saya beli itu adalah untuk tujuan upah"..kalau tidak di niatkan maka kita TERMASUKLAH dengan golongan yang menghalalkan RIBA'.

ALHAMDULILLAH..dapat juga selesaikan 1 tanggungjawabni..hehehhe...
Semoga beroleh manfaat..dan saling berkongsi di lain kali.
Banyak benda yang kita tak tahu..yang menjadi ADAT KEBIASAAN kita...tanpa kita sedari..
bak kata MOTIVATOR:
"BETULKAN YANG BIASA..BIASAKAN YANG BETUL"
pena bisaya menekan punat[.]


20 August 2010

"ahlan ya ramadhan"(mohon kritikan/komen/cadangan)buat perkongsian ilmu..

idea bisaya menulis..





~rabu-pena bisaya ada program persepsi(persatuan sekolah pengajian islam) kat auditorium pujangga..pena bisaya terpaksa xcpe klas undg2 tort kuliah sebab kna hndle ICT. Program 2 ada ceramah menarik dai pegawai agama islam daerah jasin..best sangat woo..heeeee...rupa2nya beliau bukan ustaz...tp sebab dy kerja kat sana maka org panggil dy ustaz(sungguh moderate/humble)..dia kata dia bukan orang melayu..tp x mention pulak pa race dy..then dia dulu budak2 mechi-ambil jurusan MECHANICAL ENGINEERING..apakah??..hehehe...mmg amat tabik spring dgn dia..n ni ada beberapa ilmu yang pena bisaya cedok dai ceramah dy..pena bisaya nak kongsi dgn semua pembaca2 yang amat pena bisaya sayang...semoga kita dapat praktik.. n sebar2kan pada semua umat islam...

  1. ~fasal sekolah pelajar2 mengandung yang kerajaan negeri melaka cuba tubuhkan-banyak pihak yang menentang keras usul ini sebab mereka berhujah bahawa ini akan menggalakkan budak2 ni semakin galak buat zina,kononnya sebab budak2 ni tak payah susah hati xdpt skolah nasib mereka akan terbela juga nanti. sebenarnya budak2 yang telah 'ter'mengandung ni tidak di benarkan bersekolah/digantung di sekolah kerajaan sepanjang tempoh mereka hamil, maka ada sesetengah mereka yang di gantung ataupun terus berhenti.kerajaan negeri dan pihak agama islam melaka memandang hal ini dari sisi optimis dimana mengambil mereka sebagai pelajar untuk memperbaiki semula akhlak mereka selain mengelakkan pembuangan bayi daripada terus meningkat. pelajar2 ini akan di letakkan di sekolah2 agama di mana antara sekolah yang telah dipilih untuk peenempatan ini ialah madrasah As-Sayyidah, melaka. Mereka ini akan di berikan pendekatan agama. Apa yang membimbangkan ialah pertubuhan2 bukan islam seperti kristian society telah semakin galak melakukan aktiviti2 kebajikan dan bersedia untuk mengambil golongan2 ini yang selalunya telah di buang oleh keluarga untuk di biayai pelajaran mereka..namun apa yang harus kita fikirkan ialah..APAKAH HARGA UNTUK TAJAAN ITU???
  2. kemudian berkenaan tadarus~terikat dengan konsep adat mungkin tadarus yang kita lakukan selama ini ialah mengejar masa untuk menghabiskan 30 juz alquran sepanjang ramadhan. kemudian khatam.Apakah ni yang di tuntut oleh rasulullah?? sebenarnya konsep yang di terapkan dalam agama suci kita ialah ramadhan itu sebagai bulan 'tuition' untuk kita belajar qiraat,tarannum dan TAFSIR alquran itu sendiri..agar boleh juga kita aplikasikan pada bulan2 yang lain.
  3. Semasa bulan ramadhan semua doa org2 muslimin akan di terima kecuali 4 golongan ini...(baru cari kat google hee....)

bnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1.orang meminum arak, 2.anak yang derhaka kepada ibubapa, 3.orang yang selalu bertengkar dan 4.mereka yang memutuskan silaturahim.

~Ni ja la yang mampu pena bisaya ingat semula apa yang penceramah tu tarbiyahkan..secara kebetulan tak sempat nak salim nenyalin..tapi oleh kerana best amat2..pena bisaya dengan senang hati mampu buat review..harap para pembaca dapat ambil mana2 yang baik ya?yang kurang baik tu datang daripada pena bisaya sendiri.. Allahualam...


 pena bisaya menekan punat[.]

18 August 2010

kenapa ini dan ini???

idea bisaya menulis..

~pukul 6.44pm, pena bisaya tengah tunggu waktu berbuka...hari ni menu bakso..ngan ayam perchik..alhamdulillah rezeki lebih sikit hari ni..pena bisaya hari ni dapat ilham dari pencipta lebih sikit dari biasa..selalu pena bisaya buat 'plagiat' ja dari mana2 sumber...tapi hari ni pena bisaya nak kongsi ilham itu, original dari ketulan otak yang membengkak, sarat dengan idea2 yang bakal di tarikan dengan merdu ketukan jurnal besi pena bisaya ~

::K.I.T.A::
Kenapa sentiasa melebihkan yang tak berhak dari yang berhak??
saban hari..menjadi darah daging
jom kita buat analisis perbandingan!!

  1. jumpa dgn bf/gf/kwn kita selalu mengharapkan dapat stay lama2..borak lama2..klu boleh sehari kejap2 nak jumpa...  VS jumpa dgn sang pencipta seboleh2 kita semasa sembahyang x sampai 3 minit...rukuk dan sujud macam tak jumpa tanah..macam sejadah tu berduri..
  2. bila bercakapdengan bf/gf/kwn kita focus nak mampos bila dia bercerita...seolah2 macam tengah kelas fizik... VS bila berdialog dgn sang pencipta semasa sembahyang seboleh2 fikiran melilau ke london..teringat CSI..kejap2 teringat duit belanja da overbajet, tudung lykra lawala...lagi kalau tyme ramadhan...'petangni nak makan pa ea?'
  3. bila kita bersedih..menangis..mencari tempat mengadu, cepat ja npon di capai..cari gf/bf/kwn sejati la konon...berkongsi cerita suka dan duka..konon memahami...(padahal sabar2 ja dorang melayan ko!!) VS selalu mengadu dengan tuhan bila ada teman/keluarga meninggal..mohon drahmati wahai si mati...pas2 airmata nak jatuh macam nak di teran2...depan kawan macam air paip.
  4. jemput kawan datang rumah punyalah kusyen rasa macam nak vacuum..betulkan langsir ngan hati2.. VS bila menghadap yang maha pencipta sejadah betulkan dengan kaki..agak ter'mereng'..kemudian telekung naik berkulat berbulan tak basuh..
::inilah yang sempat pena bisaya kaji sepanjang ramadhan ini...yang mana sedikit sebanyak pena bisaya renung2kan diri..pena bisaya takkan berani tulis kalau tak pernah kena batang hidung sendiri.. tak kiralah siapa diri kita...depan yang maha pencipta kita tetap sama...tak kira sebesar zarah focus kita terpesong..sebesar gunung DIA lebih mengetahuinya. kita sama2 'gelap' pada suatu ketika dahulu yang pernah mencalari kanvas hidup kita...namun...siapa tahu kita adalah dalam kalangan insan yang paling bersih di sana nanti?? tapi bagaimana? bila?? jangan tunggu sakit...jangan tunggu dah kahwin...jangan tunggu ada orang yang datang nak bimbing kita. siapa tahu saat selepas anda membaca artikel ini..pintu taubat buat kita telah tertutup kerana hampir dengan kematian?::
pena bisaya menekan punat [.]

    06 August 2010

    ~Temu bual yg sulit lagi mendebarkan~

    coretan ku,
    :tadi saya blogwalking..singgah kat blog 'tanyalah ustaz' ...terbaca 1 artikel yang amat mendebarkan... kt sini ada cebisan artikel 2..sayang kalau tak baca...

    Pengecaman dan pemantauan telah dilakukan diseluruh dunia untuk merekodkan data-data orang ramai.Laman-laman sosial ditubuhkan dengan dana-dana Intelligence seperti CIA untuk mengkaji tabiat dan perwatakan orang ramai bersosial antara satu sama lain.Facebook adalah antara agenda mereka.Data peribadi yang dimasukkan adalah hak milik mereka.'Privacy' hanyalah iklan semanis menanam tebu dibibir sahaja.Cuba anda kaji,bagaimanakah seorang lelaki yang tidak tahu apa-apa di Mumbai,telah dituduh sebagai pengganas yang meletupkan bom.Bagaimana semua data peribadi,lokasi dia berada dan maklumat telefon/kad kredit diketahui oleh Interpol?Tonton ketiga-tiga siri Bourn terutama Bourn Ultimatum dan pelajari bagaimana ejen-ejen CIA mendapatkan nombor telefon,maklumat dan apa saja dari sasaran.Di situ adalah contoh yang mudah namun ia memberitahu kita semua itu adalah kemungkinan yang biasa boleh dilakukan dengan mudah.

    ::jom baca this artikel..percayalah...anda akan tergolong dalam 2% golongan orang yang berfikir...kLik sini ~artikel tanyalah ustaz~

    06 April 2010

    ~teRiMa KaSiH TuHaN~


    4 my readers... ari ni..ari yg amat tegang bagi aq...aq mulakan hari dengan senyuman..tapi air mata tetap mengiringi aq..namun aq tetap persembahkan syukur aq Pada-Nya kerana aq tahu penghujung hari ni Dia akan bagi aq gelak tawa ceria.. benarr... Dia amat adil n sayangkan hambaNnya..
    ::aq tekan2 npon...n msg my cayang(pika) dui...x delivrd..than jari aq beralih ke nombor my ciL(fasihah)..yup!! mesej terus berbalas..aq kata aq rindu ma durang..n aq ajak dorang g oneymoon ma aq kat labuan..tak sangka respon memberangsangkan..yihhaaaaaaahh!! tangan terus ligat menekan keypad..uuppsss!!! aq sedang kacau org praktikal upanya...hii..then aq pon bagi dia ruang untuk teruskan kerjanya..aq pandang cermin..
    ::aq da senyum... ???aq da senyum?? yess!!! terima kasih tuhan... ::
    tak sampai penghujung hari aq da mula tersenyum..ya..inilah nikmat yang Dia kasi.. Bersedih adalah satu nikmat sebab kita akan mengingati Dia.. meminta pertolongan Dia..n kita bermuhasabah diri.. Terima kasih tuhan!!!

    Related Posts with Thumbnails